Advertising

Oh Yeah : Ducati Monster S4R Edisi Paolo Tesio

Views
Mari berangan-angan mat jenin!

Ducati Monster S4R ialah sebuah motor berkuasa tinggi yang memang cukup dikenali rider pelesit jalan raya seluruh Malaysia. Mazidul Akmal yang bukan rider pelesit jalan raya pun tahu Ducati Monster S4R is sex on two wheels. Tahukah anda motosikal yang mula dikeluarkan sejak 1993 dan menjalani beberapa evolusi ini ialah motosikal terlaris dikeluarkan oleh Ducati. In fact lebih dari separuh jualan motosikal Ducati terdiri dari keluarga Monster. Versi terkini yang terjual ialah S4R 795 dengan enjin 803 CC.  Ianya dikeluarkan untuk pasaran Asia dan dipasang di Thailand. 

Monster is already sexy as it is tetapi modifikasi custom yang dihasilkan oleh Paolo Tesio menghasilkan perubahan yang sangat mendadak dan seksi. Holy crap sekarang ianya 100 kali ganda lebih menginzalkan. Paolo Tesio melakukan perubahan fork depan, tempat duduk dan fairing gentian kaca yang direkanya sendiri. NICE!




Laporan asal : Blogserius

No comments:

Powered by Blogger.