Advertising

Oh Yeah :Kingdom Tower Bakal Menjadi Menara Tertinggi Di Dunia

Views
The King of Penetration!

Dominasi Burj Khalifa sebagai menara tertinggi di dunia tak lama lagi berakhir. Arab Saudi akan mengalahkannya dengan membangunkan Kingdom Tower, menara setinggi lebih 1.000 meter. Menara itu akan dibangun di kota pelabuhan Jeddah. Jutawan Arab Saudi Alwaleed bin Talal telah memberikan kontrak US$ 1.23 juta dengan Bin Laden Group (huh? Bin Laden??) untuk pembangunan menara yang memakan waktu 5 tahun itu. Bangunan itu akan menjadi pusat Kota Kerajaan (Kingdom City) yang dikembangkan di pinggiran Jeddah oleh Kingdom Holding milik Alwaleed. Bila bangunan dah siap, menara setinggi 1.000 meter plus itu akan menggantikan Burj Khalifa di Dubai sebagai menara tertinggi di dunia. Burj Khalifa yang memiliki ketinggian 828 meter dibangunkan oleh Emaar Properties dengan nilai US$ 1.5 juta.


*Masih lagi tertanya-tanya kenapa nama syarikat dia aku rasa amat musykil sekali?














No comments:

Powered by Blogger.