Advertising

Oh Yeah :Malaysia Bakal Lancarkan "Kereta Sport Rakyat" huh? Mulai Hujung Tahun Depan

Views
Apabila mendengar istilah “kereta rakyat”, secara umumnya ia memberi erti bahawa kereta tersebut dibangunkan untuk keperluan rakyat dan dikeluarkan dalam skala ekonomi yang luas agar kebanyakan daripada rakyat mampu memilikinya.
Di Malaysia, Proton Saga generasi pertama merupakan salah satu contoh kereta rakyat yang secara idealnya dijual pada harga berpatutan dan mampu dimiliki oleh kebanyakan daripada rakyat, terutamanya untuk golongan berpendapatan sederhana dan ke bawah.
Terbaru, istilah “kereta sport rakyat” telah mula dicipta oleh Proton melalui rancangan mereka untuk mengeluarkan sebuah kereta sport yang bukan saja berkuasa, malah sudah tentu ia mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat pada harga berpatutan.
Menurut laporan Segmen Auto TV3 yang disiarkan dalam rancangan berita Buletin Utama bertarikh 7hb. Disember 2012, Proton dikatakan akan mengeluarkan sebuah model kereta sport rakyat yang mempunyai dua tempat duduk dan dilengkapi enjin 1.6 liter turbo bermula hujung tahun depan.
Proton Lekir Proton bakal lancar kereta sport rakyat mulai hujung tahun depan
Model konsep Proton Lekir (KLIMS 2010)
Bagaimanakah bentuknya kereta sport rakyat pertama keluaran Proton itu? Melihat kepada apa yang dipaparkan oleh ruangan Segmen Auto TV3 dalam klip video di atas, kemungkinan besar model yang dimaksudkan itu dibangun berasaskan model kereta sport keluaran Westfield Sportcars yang kini dimiliki oleh syarikat Potenza Sports Car.
DRB-Hicoms ketika ini sememangnya mempunyai hubungan perniagaan dengan Potenza Sports Car. Adakah kereta sport rakyat yang berasaskan model keluaran Westfield Sportcars itu bakal mendapat tempat di hati rakyat Malaysia?
Harga yang berpatutan sebenarnya merupakan satu bab yang lain, begitu juga dengan reka bentuk sesebuah kereta itu. Proton sepatutnya mengeluarkan kereta sport rakyat mengikut acuan model konsep Proton Lekir yang dipertontonkan di KLIMS 2010 yang lalu.
Laporan Asal : Arena Kereta

No comments:

Powered by Blogger.