Advertising

Oh Yeah : Miniatur Menggunakan Kadbod

Views
Kami di Oh Yeah gemarkan seni miniatur kerana ketika masih muda remaja dan tidak mempunyai  ari-ari dahulu kami gemar membina model miniatur pesawat pejuang Tamiya dan Hasegawa. Berjam-jam kami habiskan mengecat pesawat pejuang kami. Ianya hobi yang memerlukan kesabaran total. Di Australia. Daniel Agdag juga seorang yang minat membina miniatur. Berbezanya antara kami dan Daniel ialah beliau kini menjadi seorang pembikin filem stop motion dan miniatur binaan beliau sangat terperinci. Lebih menakjubkan model beliau yang terperinci ini dibina menggunakan hanya kadbod. Beliau baru-baru ini mengadakan pameran hasil kerja beliau bertajuk "Sets for A Filem I'll Never Make". Sangat impresif!




Laporan asal ThisIsColossal

No comments:

Powered by Blogger.