Advertising

Oh Yeah : Resipi Durian Crepe Yang Sedap

Views
Assalamualaikum..

Durian Crepe...Durian Crepe..Durian Crepe..

Tetiba aje Durian Crepe jadi kegilaan..tetiba aje resepi baru ini muncul. Siapa yang mula-mula mencipta Durian Crepe ni pun aku tak tau. Tahniah kepada penciptanya. Durian Crepe jadi fenomena luar biasa. Sungguh berhantu.


Maka aku pun nak berkongsi cara nak buat Durian Crepe ni.

CREPE:
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang..kalau guna kuning takkan jadi merah pulak kan??)

Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe 
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk
******
DURIAN FILLING
Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya (ambik isi aje..bijinya korang boleh semai hahah)

Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk
*******
Maka itulah cara-caranya. Bagi yang nak belajar lebih lanjut boleh hubungi.. 012-4880413 atau 019-4741121 (Krazycakes)

Sila call no di atas je..jangan call aku  pulak..huhuh

Cara nak buat aku dah bagi..cara nak belajar pun aku dah bagi..kalau nak senang lagi..korang call aje nombor yang kat atas tu..BELI! kan senang..boleh terus makan!

Apa-apapun..sebenarnya aku hanya mampu tengok tengok aje crepe ni sebab..??? AKU TAK MAKAN DURIAN..hohohoho... Adeuss!!!

Laporan Asal : Penbiru

No comments:

Powered by Blogger.