Advertising

Oh Yeah :Xbox 720?!

Views






Xbox yang seterusnya mungkin akan dikenali sebagai Xbox720, walau bagaimanapun, Xbox World, sebuah syarikat media cetak, mendakwa mempunyai maklumat lanjut mengenai gen konsol  seterusnya, yang dikhabarkan akan diumumkan sebelum E3 tahun depan. Spesifikasi yang dikhabarkan untuk Xbox 720 ini adalah, pemproses quad-core dan sehingga 8GB RAM. Melalui spesifikasi yang dikhabarkan ini, Xbox720 ini sudah pastinya lebih laju dan grafik yang akan dihasilkan mungkin lebih menakjubkan. Blu-ray sudah semestinya akan disertakan sekali, walaupun teknologi ini sudah mula digunakan. Tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi, dan gua berharap kewujudan Kinect 2.0, yang mungkin melangkaui imaginasi.
Gambar diatas adalah semata-mata satu mockup yang berasal dari khabar angin dan spekulasi sahaja. Gambar dibawah pula adalah sedikit detail dan spesifikasinya. Marilah kita sama-sama menantikannya!
*Makan meggi dulu untuk kumpul duit beli menatang nih.

No comments:

Powered by Blogger.