Advertising

Oh Yeah : Kereta Sport Keluaran Negara Arab - LykanHypersport

Views
Oh!! Jizz in my pants!!

Woahh..Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di sini kelmarin. Menurut akhbar dalam talian Mail Online semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta). Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab. Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron. Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat. Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j. Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat (WTF!!). Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j. Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO. Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini. Dari segi design agak futuristik dan agak smart la gak aku tengok. Piahhhh!!!

























2 comments:

Carlos Santiago said...

Memang cool habis...

Johan Harith said...

hahahaha..tu ah, esok g la order sebijik

Powered by Blogger.