Advertising

Oh Yeah : 12 Misteri Purba Yang Berjaya Dibongkar Saintis

Views

Dalam dunia ini, terdapat banyak misteri yang menimbulkan seribu persoalan kepada kita sehingga sentiasa menjadi topik perdebatan. Namun, beberapa misteri itu telah berjaya diuraikan. Berdasarkan laporan BrightSide.me, berikut merupakan 12 misteri purba yang berjaya dibongkar.
1. Gambar Helikopter pada Hieroglif Mesir Kuno
Hieroglif Abydos di Kuil Osiris telah menyebabkan berlaku banyak perdebatan kerana mempunyai simbol helikopter, tangki dan sebuah pesawat jet. Namun, ketika saintis merungkai hieroglif itu ke bentuk original, mereka menemui yang gambar itu terbentuk mengikut masa dan proses penuaan.  Jadi, otak kita telah tertipu sewaktu melihat bentuk yang dikenali pada zaman sekarang.

2. Kehilangan Krew Mary Celeste
Mary Celeste adalah kapal hantu terkenal yang ditemui pada tahun 1872 tanpa sebarang kesan krew atau punca kerosakkan. Ahli kimia, Dr Andrea Sella mengatakan terdapat 1,700 barel alkohol di kargo kapal yang boleh terbakar dan membuat “ledakan tidak kelihatan”, dimana dinding api diikuti oleh gelombang udara dingin, meninggalkan tanpa api atau jelaga.  Krew kapal itu mungkin telah meninggalkan kapal dan mati di dalam laut.

3. Kehilangan Kubur Richard III
Sewaktu gereja tempat Richard III ditanam telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan, Kuburnya telah dianggap hilang dan mayatnya pula telah dilempar ke dalam sungai.  Tetapi, saintis dari Universiti Leicester berjaya menemui kuburnya dan hasil ujian DNA menunjukkan yang mayat itu adalah milik Richard III.

4. Batu Berjalan Death Valley
Batu di Death Valley, California dikenali sebagai berhantu kerana boleh bergerak sendiri. Tiada penjelasan dapat menerangkan mengapa batu itu boleh berjalan dengan sendiri sehinggalah Ralph Lorenz membuktikan yang batu itu bergerak disebabkan oleh ais yang terbentuk di bawah batu itu ketika musim sejuk.  Jadi apabila ais itu cair, batu itu mula berjalan mengikut arah angin.

5. Kepala Bosham
Kepala Bosham tidak mempunyai nama selama dua abad kerana keadaannya yang teruk. Tetapi menerusi ujian laser, ia telah bantu mengenalpasti kepala seberat 158kg itu sebagai satu patung Maharaja Roman Yang Hebat, Trojan.
Patung itu dikatakan telah dibuat untuk memuji pelancong di pelabuhan Chichester, dan kepala itu juga telah menjadi peninggalan terpenting Roman.

6. Kehilangan Tentera Cambyses II
Pada tahun 524 SM, tentera Raja Persia, 50 ribu tentera Cambyses II telah berperang melawan Ethiopia  tetapi kesemua tentera itu telah hilang tanpa kesan. Tetapi, baru-baru ini, saintis Angelo dan Alfredo Castiglioni menemui sisa-sisa tentera lagenda itu.  Ternyata selama 13 tahun berperang,  tentera itu bukan hanya hilang tetapi telah terbunuh di dalam ribut pasir yang dahsyat.

7. Komputer Pertama dari Greece
Alat mekanikal Antikythera telah digelarkan sebagai komputer pertama di dunia dan ia telah ditemui di dalam kapal yang tenggelam sekitar kurun ke 80-50 SM. Dan, baru-baru ini saintis berjaya menemui fungsi Antikythera iaitu alat navigasi. Sangat menakjubkan untuk menemui alat secanggih itu pada zaman itu.

8. Lubang Dalam di Sungai Aucilla, Florida
Arkeologi telah tahu kewujudan lubang dalam di Sungai Aucilla, yang terletak di selatan Tallahassee, Florida, namun disebabkan terlalu dalam dan gelap, tiada siapa berani untuk masuk. Sehinggalah seorang professor di Florida State University, Jessi Hallingan putuskan untuk lakukan kajian yang membawa kepada penemuan yang mengejutkan. Ekspedisi menyelamnya telah menemui gading mammoth dan alur panjang, disebabkan oleh geseran dengan alat manusia. Penemuan itu juga telah membuktikan yang manusia hidup di daerah Florida jauh lebih awal, iaitu 14,500 tahun.

9. Catatan Misteri di Salinan Odyssey
Salinan karya Homer, Odyssey yang berusia 500 tahun telah menunjukkan kesan cacatan tulisan tangan aneh dalam bahasa yang tidak diketahui.  Pemerhati Itali, Daniele Metilli dan Guilia Accetta percaya yang rekod itu adalah sejenis stenografi unik yang ditemui oleh Jean Coulon de Thevenot. Hanya kemajuan teknologi dan akses data penuh yang membolehkan penemuan itu terjadi.  Namun, steno itu hanyalah terjemahan Bahasa Perancis daripada Bahasa Yunani.

10. Kubur Paus di Chile
Kubur yang mengandungi tulang-tulang ikan paus telah ditemui di tengah Gurun Atacama, Chile.  Pada awalnya, saintis tidak memahami apa yang boleh menyebabkan paus itu mati secara beramai-ramai. Sehinggalah mereka menemui yang tulang itu datang daripada lima tempoh masa yang berbeza. Lapisan tulang pertama berasal dari 20 ribu tahun lalu.  Kematian mamalia laut terbesar itu adalah disebabkan oleh racun bunga algea laut.

11. Rahsia Patung Gergasi di Pulau Easter
Terima kasih kepada penjelajah lagenda, Thor Heyerdahl, akhirnya dunia boleh mengenali patung batu gergasi di Pulau Easter yang terletak di South Pacific. Ini kerana, Thor merupakan orang pertama yang mengali tempat itu dan hasil penggaliannya, buatkan orang sedar yang patung kepala yang dikenali sebagai Moai itu mempunyai badan. Beberapa ketinggian patung itu mencecah 20 kaki. Namun, pernemuan terbesar Thor adalah patung-patung gergasi itu boleh dibuat menggunakan alat yang dipercayai terkenal dikalangan manusia zaman pembangunan.

12. Hilangnya Tamadun Nazca
Kaum Nazca menjadi terkenal kerana mereka telah membuat pelbagai gambar bersaiz gergasi di permukaan Gurun Nazca, Peru. Ada teori mengatakan yang kaum Nazca itu adalah alien sehinggalah saintis menemui yang orang Nazca mengunakan geoglyphs gergasi untuk berkomunikasi dengan Tuhan. Kehilangan tamadun itu telah menjadi misteri namun, bukti daripada saintis di Universiti Cambridge menunjukkan tamadun Nazca lenyap akibat kemarau disebabkan oleh pengondolan hutan.

Sumber : Utaranews
Powered by Blogger.