Advertising

Apple Bakal Disaman Oleh Syarikat Dari China Kerana Didakwa Meniru Lambang Mereka

Views

Sebelum ini kita telah mendengar Apple disaman oleh pemilik iPhone kerana sengaja memperlahankan prestasi model lama, kini timbul pula laporan saman mengenai pelanggaran hak cipta logo.

Sebuah jenama pakaian dari China dikatakan telah mengambil tindakan undang-undang keatas Apple. Ia disebabkan oleh logo aplikasi App Store didakwa meniru logo jenama pakaian yang sudah didaftarkan sejak 2012 lagi.

Didalam tuntutan saman tersebut, jenama pakaian yang dikenali sebagai Kon itu menegaskan Apple perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar wang pampasan kepada mereka.

Pada Ogos yang lepas, Apple telah mengubah logo “A” yang dibentuk dengan pensil, berus cat dan pembaris kepada logo “A” yang mempunyai garisan bertindih. Ia hampir sama kepada logo jenama Kon tetapi sedikit berbeza di bahagian hujung garisan.

Logo lama dan baru aplikasi Apps Store


Logo jenama pakaian Kon

Sumber : The Star Online
Powered by Blogger.