Advertising

Cuba Lihat Apa Yang Pelik Dengan Kuku Wanita Ini

Views

Di dalam seni kuku (manicure), pelbagai idea yang kreatif dan menarik boleh kita lihat di dalam internet tetapi yang ni terlebih dari kreatif. Seorang wanita dari pengguna Reddit, iaitu Rinvevo telah berkongsi idea baru beliau terhadap seni kuku. Beliau juga berkongsi teknik atau car-cara bagaimana beliau menghasilkan seni kuku tersebut. Jom kita tengok apa yang aneh dalam seni kukunya ini.
Untuk seni kuku secara DIY, beliau berhasrat untuk mengambil sedikit inspirasi dari Era Mesozoik dan mencuba sesuatu yang sedikit ekstrem. Dia menjumpai (atau membunuh) seekor lalat kaki panjang (Crane Fly), tetapi bukan membuangnya ke dalam tong sampah, malah dia menyelamatkannya untuk projek khas ...


Cukup menjijikkan, dia meletakkannya di atas kuku sapu dengan gel akrilik, supaya kelihatan seperti lalat tersebut terperangkap didalam batu amber.

Mungkin bagi sesetengah orang, ianya agak kreatif sebenarnya..

Tetapi muncul juga persoalan dalam fikiran, kenapa dan mengapa? Juga agak menggelikan

Nah, tu dia korang, itulah bagaimana caranya korang boleh buat seni kuku dengan serangga mati. Beliau akan membuat semua member yang minat Jurrasic Park jeles dengan beliau.


Sumber : Viralnova
Powered by Blogger.