Advertising

Oh Yeah : Inilah Selfie Pertama Di Dunia!

Views
Seni fotografi telah banyak berubah dan berkembang dengan pantas, terima kasih kepada perkembangan teknologi telefon pintar. Teknologi yang dahulunya hanya terhad kepada golongan senang, kini dimiliki oleh hampir setiap manusia. Antara perubahan terbesar yang berkembang bersama dengan telefon pintar adalah selfie, iaitu sejenis seni fotografi. Pada asalnya, kamera diletakkan di bahagian hadapan bagi memudahkan panggilan video. Dari situ, terciptalah 'selfie'.


Selfie boleh didefinisikan sebagai fenomena sosial mengambil gambar sendiri menggunakan kamera ataupun telefon pintar. Sebelumnya wujudnya selfie, orang ramai akan meminta orang terdekat mereka untuk tolong mengambil gambar. Namun kini, selfie lebih menjadi pilihan kerana dilihat lebih mudah daripada membuka mulut meminta tolong orang lain. Sejak penciptaan kamera hadapan telefon pada tahun 2003, ramai beranggapan selfie lahir sekitar waktu berkenaan. Namun, tanggapan tersebut ternyata salah.

Siapakah Robert Cornelius?


Robert Cornelius dilahirkan pada tahun 1809 merupakan seorang peneraju fotografi Amerika. Robert menunjukkan minat terhadap subjek kimia sejak di awal usia dan menyertai bapa beliau dalam perniagaan penghasilan plat perak dan penggilapan logam.

Setelah berjaya dan terkenal dengan kerjaya tersebut, Cornelius telah didekati oleh seorang pencipta Amerika iaitu Joseph Saxton. Pencipta tersebut meminta Robert untuk menghasilkan plat perak bagi daguerreotype-nya. 

Daguerreotype - Proses Mengambil Gambar Yang Klasik


Daguerreotype adalah sejenis proses pengambilan/penghasilan fotograf pada zaman dahulu yang melibatkan penggunaan plat perak yang sensitif terhadap iodin, dan juga wap merkuri. Daguerreotype dicipta oleh Jacques-Mandé Daguerre pada tahun 1839, dan proses ini digunakan selama hampir 20 tahun bagi penghasilan fotograf. 

Setelah mengambil gambar, jurugambar akan menggilap plat perak sehingga ia kelihatan seperti sebuah cermin. Kemudian, plat tersebut akan didedahkan dengan asap. Proses ini menjadikan plat tersebut sensitif kepada cahaya, membolehkan ianya terdedah di dalam kamera selama mungkin. 

Pencahayaan adalah faktor penentu dalam durasi waktu sebelum melakukan suatu fotografi. Keadaan sekeliling yang cerah bermaksud beberapa saat diperlukan bagi proses daguerreotype. Kurangnya pencahayaan menyebabkan proses tersebut menjadi lebih lama.

Lahirnya Selfie Pertama Di Dunia
Selepas diperkenalkan dengan proses tersebut, Robert membuat keputusan untuk memperbaiki dan menyempurnakan proses tersebut. Hasil kerja beliau adalah apa yang kita dapat lihat hari ini, iaitu gambar selfie beliau, selfie pertama dunia. 

Memandangkan daguerreotype memerlukan pencahayaan yang banyak, Robert terpaksa bekerja di luar. Selfie pertama oleh Robert telah diambil pada Oktober 1839, di luar kedai lampu dan candelier yang dimiliki oleh keluarga beliau. 

Bagi mendapatkan gambar tersebut, beliau menggunakan sebuah kotak yang yang dipasang dengan sebuah lensa daripada kaca opera.

Memandangkan daguerreotype memerlukan masa selama 3-15 minit untuk diambil, jurugambar muda tersebut mempunyai masa yang cukup untuk membuka lensa, masuk ke dalam shot, berdiri di situ untuk beberapa minit, dan kemudiannya menutup lensa tersebut. 

Dalam portrait / selfie yang diambil beliau, imej Robert kelihatan sedikit lari dari tengah, memaparkan seorang lelaki dengan rambut kurang kemas dan tangan di dada, melihat ke arah kamera dengan ketidakpastian. 

Imej tersebut adalah fotograf manusia yang tertua di Amerika.  Selepas kejayaan tersebut, Robert memulakan operasi studio fotografi pertama di Amerika Syarikat antara tahun 1841 sehingga 1843.

Selepas populariti terhadap fotografi meningkat, makin ramai yang membuka konsep studio yang sama dan akhirnya Robert terpaksa menutup studio beliau. 

Rujukan:


Sumber : illuminasi.com
Powered by Blogger.