Advertising

Oh Yeah : Korang Boleh Tengok Aurora Di Sungai Buloh Malaysia Sehingga 1 Januari 2018?

Views
Lightbox ialah sebuah organisasi tempatan yang memberikan nafas baru kepada bagaimana sesuatu seni itu dipersembahkan. Jika muzium hanya memaparkan hasil karya seni seseorang secara statik tapi Lightbox mampu membuatkan hasil seni itu menarik, interaktif dan menyoronokkan kepada pengunjung. Mereka mampu menjadikan kawasan sepi seperti lorong gelap dengan persembahan cahaya yang menakjubkan. Hasil seni mereka pernah dipersembahkan di Amsterdam Light Festival baru baru ini.


Terbaru mereka menganjurkan sebuah festival seni cahaya pertama dan terbesar di Malaysia iaitu Between The City & Stars. Dalam festival ini anda boleh melihat beberapa hasil karya seni seperti kolaborasi bersama artis Belanda, City Gazing, Dreamscape, Bricklane, LED Light Swing dan Secret Rendezvous. Apa yang mencuri perhatian pada festival ini ialah persembahan Aurora Borealis yang membolehkan anda merasai melihat cahaya itu tanpa perlu ke Norway atau pun Iceland.

Festival ini berlangsung bermula 24 November sehingga 1 Januari dan tiket boleh ditempah di laman web Lightbox. Sebelum itu lihat gambar gambar dan video video yang dihantar pengunjung.




Sumber: The Vocket

No comments:

Powered by Blogger.