Advertising

Oh Yeah : LEAGOO S9 - Smartphone Terbaru Android Yang Tiru Sejibik Rekaan iPhone X

Views

Korang pernah dengar ke jenama handphone ni? Handphone made in China dah macam cendawan yang tumbuh plak. Tapi nasib baik ade je jenama yang berkualiti sebagai contoh Huawei. Oppo dengan Vivo bagi aku masih belum berkualiti lagi tak setanding jenama macam Huawei, Samsung, dan iPhone.


Jadi, apakah perbezaan yang ada antara Leagoo S9 ni dengan iPhone X? Aku rasa macam memang tiru sejibik dari segi bahan-bahan buatan jugak dari besi dan kaca sama macam iPhone X. Pastu siap tiru plak 'Notch' kat atas skrin tu. Kesilapan besar iPhone X dari segi design adalah notch dia tu. Huduh abis memang terbantut kalau nak tengok video full screen. Sudahnya sama ja macam handphone iPhone 7 yang ada bezel tebal.


Tapi smartphone ni belum dikeluarkan secara rasmi lagi. Kiranya ni macam maklumat bocor la konon. Macam la orang nak sangat amik tau hewhewhewhew (dahtu apa yang aku tulis kat blog ni?) Dari segi spesifikasi masih tak tau lagi, harap-harap lagi power la dari iPhone X kan. Boleh tengok spesifikasi kat video bawah ni kot. Setakat selfie muka jadi opera cina baik takyah.

Model smartphone ni jugak dijangkakan berharga bawah RM1500 iaitu dalam lingkungan RM1200++. Agak-agak kena saman tak syarikat ni nanti? Kalau aku la kan, memang saman sebab memang sejibik. Notch atas tu kalau takde teknologi facelock id, memang bengong la buat design macam tu sebab takde function. 

No comments:

Powered by Blogger.