Advertising

Oh Yeah : Nama-Nama Tempat Di Malaysia Yang Masih Mengekalkan Unsur Penjajah British

Views
Jom History Channel jap...

Kesan penjajahan ke atas negara kita banyak meninggalkan kesannya. Faktor sejarah kita dikuasai dengan nama-nama orang barat sementara faktor geografi kita juga masih banyak lagi menggunakan nama-nama individu-individu yang berkhidmat dengan kerajaan penjajah satu masa dulu.

Tahukah anda apakah asal-usul nama lokasi-lokasi atau tempat yang kerap kali kita sebutkan setiap hari dan daripada mana nama itu berasal? Berikut adalah 5 tempat di dalam Malaysia yang masih lagi mengekalkan nama yang mempunyai elemen penjajah yang kita terus gunakan sehingga hari ini.


1. PORT DICKSON
stesen keretapi port dickson

Nama yang digunakan oleh orang zaman dahulu sebelum nama Port Dickson digunakan, adalah 'Tanjung' berikutan pekannya yang terletak di sebuah tanjung yang menghala ke laut. Wujud banyak perkampungan nelayan di situ yang namanya masih kekal hingga sekarang iaitu Bagan Pinang, Si Rusa, Telok Kemang, Pasir Panjang, Lukut dan Sepang.

Sir John Frederick Dickson yang mewakili kerajaan British menukarkan Tanjong menjadi sebuah pelabuhan dengan jalan keretapi dibangunkan di antara Tanjong dan Sungai Ujong (Seremban) dibangunkan. Pada tahun 1904, jalan keretapi sepanjang 39km itu siap dan bagi merasmikan semula Tanjong, nama Tanjong diubah ke Port Dickson, sebagai menghormati jasa Sir Dickson membangunkan Tanjong.

2. GEORGETOWN
sekolah penang free school

Nama Georgetown memang menjadi kontroversi sehingga sekarang, dengan ramai pihak menganggap nama tersebut perlu ditukar kepada nama yang mencerminkan nama Melayu atau Malaysia, dengan cadangan mengembalikan nama Georgetown kepada nama asalnya yang juga digelarkan 'Tanjong' kerap didengari.

Menurut sejarah, kawasan yang mula-mula sekali dibangunkan di Pulau Pinang adalah sebuah kawasan bernama Tanjong Penaga atau Tanjong Penaigre, yang kini kita gelarkan Georgetown. Francis Light yang 'dikhabarkan' adalah pengasas Pulau Pinang menamakan semula Tanjong sebagai 'Georgetown' untuk menghormati Raja George III yang memerintah British ketika itu.

3. BUTTERWORTH
lukisan butterworth satu masa dulu

Butterworth merupakan salah satu lagi nama tempat di Pulau Pinang yang masih mengekalkan nama penjajah. Menurut sejarah, nama lama Butterworth sebelum ditukarkan oleh pihak penjajah adalah Bagan. Ini kerana pada zaman tersebut wujudnya sebuah jeti kecil yang diperbuat daripada kayu yang digunakan oleh penduduk di situ. 'Bagan' mempunyai maksud yang sama dengan perkataan 'quay.'

Selepas Georgetown berkembang pesat, kerajaan Brisith mahu sebuah lagi bandar dibangunkan di bahagian semenjung dan Bagan dipilih untuk dimajukan. 'Bagan' terpilih dan ditukar namanya kepada Butterworth, sempena mengambil nama Mejar Jeneral William John Butterworth, gabenor negeri-negeri selat ketika Butterworth dirasmikan pembukaannya.

4. TEMPLER PARK
sultan selangor berjalan dengan gerald templer

Templer Park dinamakan sendiri oleh Sultan Selangor, DYM Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah, pada 19 Mei 1954 sempena nama Jeneral Sir Gerald Templar yang membuka kawasan tersebut. Winston Churchill melantik Gerald Templer sebagai pesuruhjaya tinggi British di Malaya bagi menghadapi ancaman pihak komunis ketika itu, berdasarkan pengalaman luas Templer dalam bidang ketenteraan.

Pada tahun 1955, Templer Park digazetkan oleh kerajaan Selangor sebagai kawasan kawalan dan pemeliharaan alam semulajadi, dengan sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi memajukan kawasan tersebut yang kemudiannya diambil alih oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar selepas tahun 1957.

5. CAMERON HIGHLANDS
gambar lama cameron highland

William Cameron adalah seorang juruukur tanah lantikan British yang berkhidmat di Malaya. Melalui salah satu ekspedisinya pada tahun 1885 di kawasan Banjaran Titiwangsa, beliau telah melaporkan wujudnya satu dataran tinggi yang mencerun yang mempunyai ketinggian sekitar 1372 meter dari aras laut. Bagaimanapun, rekod ekspedisi Cameron kurang lengkap dengan rekodnya gagal mencatatkan kedudukan dataran itu secara tepat. Namun, atas usaha Cameron menerokai kawasan tersebut, kawasan tanah tinggi itu dinamakan sempena namanya.

Cameron menjalankan ekspedisi kedua untuk mengenal pasti lokasi sebenar dataran yang disebutkan yang bermula pada bulan Februari 1885 dan berakhir pada 1 September 1885. Bagaimanapun, masih terdapat kekeliruan dalam maklumat yang dikumpul dengan sebuah lokasi bernama Lubuk Tamang disalah anggap sebagai kawasan yang dimaksudkan Cameron, sedangkan ketinggian Lubuk Tamang hanyalah sekitar 914 meter dari aras laut.

Hanya pada tahun 1920, dalam satu ekspedisi lain barulah mereka menemui kawasan yang dikatakan oleh Cameron. Mereka berjaya melakarkan peta kawasan tanah tinggi tersebut dan dataran yang disebutkan oleh Cameron beberapa puluh tahun sebelum itu, kini menjadi lokasi Tanah Rata dan Brinchang.



No comments:

Powered by Blogger.