Advertising

Pasukan Counter Strike Ini Dianggotai Oleh Pemain Yang Berumur 60 Tahun Keatas?

Views

Permainan video dalam talian sering kali dikaitkan dengan pemain berusia muda, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pertandingan e-Sport di peringkat tertinggi.

Kebanyakkan yang boleh kita lihat, pemain dalam lingkungan belasan tahun hinggalah ke lewat 30an, tetapi berlainan pula dengan satu pasukan yang dinamakan sebagai Silver Snipers ini.

Pasukan e-Sport berasal daripada Sweden ini dianggotai pemain yang berusia paling muda 62 tahun dan yang paling senior, 81 tahun.

Berikut adalah senarai anggota Silver Snipers…

  1. Abbe “BirDie” Drakborg (75 Tahun),
  2. Wanja “Knitting Knight” Godänge (63 Tahun),
  3. Monica “Teen Slayer” Idenfors (62 Tahun),
  4. Bertil “Berra-Bang” Englund (81 tahun, dan diketuai oleh
  5. Öivind “Windy” Toverud (75 tahun).

Ditaja oleh Lenovo, Silver Snipers dibentuk bertujuan mengembangkan jarak usia penonton e-Sport yang majoritinya adalah dalam kalangan kaum muda.

Pasukan ini telah mendaftar masuk pertandingan Dream Hack Winter 2017, dibarisi oleh pasukan-pasukan yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam memainkan GS:GO.

Persamaan antara kelima-lima anggota Silver Snipers adalah mereka semua tidak pernah bermain CS:GO dan hanya mempunyai 3 minggu untuk membuat persiapan menghadapi pertandingan berkenaan.

Walaupun kalah dalam dua perlawanan, Wanja “Knitting Knight” Godänge berjaya mendapatkan headshot sebanyak tiga kali dalam salah satu perlawanan itu.

Pasukan ini sedang dalam peringkat latihan bagi menghadapi musim 2018, dan berkemungkinan mereka akan diperkenalkan dengan beberapa jenis permainan yang lain.

Sumber: The Verge
Powered by Blogger.