Advertising

Penyokong Flat Earth Pertama Yang Akan Melancarkan Roket Buatan Sendiri

Views
Begitu banyak bukti saintifik yang menyokong bahawa bumi ini bulat, tetapi sesetengah orang enggan mempunyai kepercayaan mereka yang tegar bahawa bumi ini sebenarnya rata - dan lelaki ini benar-benar ingin membuktikannya.

Mike Hughes begitu yakin bahawa orang ramai salah tentang bentuk bulat bumi dan dia telah memutuskan untuk membuktikan kata-katanya dalam percubaan yang serius dan berbahaya. Pemandu limo berusia 61 tahun itu pada mulanya merancang untuk melancarkan dirinya ke angkasa pada roket logam buatan sendiri pada 25 November di Amboy, California. Malangnya, Biro Pengurusan Tanah (BLM) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menghentikannya dengan cepat.


Hughes telah membelanjakan sebanyak $ 20,000 (RM81,578.00) untuk membina roket berkuasa stim dengan alat ganti yang ada di garajnya, malah membeli motor home (macam caravan) di Craigslist sebagai tempat tinggal.

Beliau yang telah merancang pelancarannya untuk tahun lepas, mendakwa telah mendapat kelulusan BLM - yang menjadikan agensi persekutuan dapat menghidu tindakannya.


Malah, agensi itu mengatakan mereka tidak tahu tentang rancangan Hughes sehingga mereka dapat melihat artikel berita yang memaklumkan pelancaran itu, yang ditetapkan sebagai penerbangan sejauh 500 batu melalui Gurun Mojave. Mereka memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai kebenaran untuk melakukannya di tanah awam dan, tidak hairanlah, FAA tidak bersetuju dengannya.


Walaupun disekat, Hughes masih merancang untuk melancarkan roketnya dan mendakwa telah memperoleh tanah persendirian untuk melakukannya.


Powered by Blogger.