Advertising

Oh Yeah : Terry Crews - M. Nasir Hollywood

Views

Korang kenal tak sapa mamat ni? Ya..aku paling suka lakonan dia dalam movie White Chicks, dalam movie tu dia berlakon sebagai orang kaya yang horny. Dia ni bekas pemain American Football dan pernah mendapat gelaran Person Of The Year daripada majalah TIME. Daripada seorang footballer proffesional kepada pelakon Hollwood, memang bukan senang. Lebih kurang macam The Rock jugak perjalanan karier dia dan dia ni jugak pak lawak. Membuatkan aku lagi minat dia ni, bila dia cuba nak mendalami minat anak dia yang sukakan PC building. PC building tu maknanya bina komputer daripada satu bahagian-bahagian penting dan bina. Pastu yang untung tu, Youtuber tech terkenal iaitu JayzTwocents build dia punya PC, memang powerrudin. Tengok video bawah ni.



Mamat ni memang terbaik tak padan ngan muka ganas. Ok, skang bukan tu nak diceritakan, tetapi nak cerita pasal dia ni multitalented. Ok, M.Nasir tu dia semua benda seni dia power. Macam dia ni bekas ahli sukan proffesional, pelakon, pelawak, dan skill boleh melukis beb!

Terbaru, Terry buat cover illustrasi depan majalah untuk Ad Age
Terry jugak mula minat melukis lepas tengok filem Star Wars tahun 1977
Tiup seruling pun terer beb
Tudia, siap buat rekaan perabot sendiri. Apa lagi dia ni takleh buat?

p/s: Ini barulah orang kata darah seni sebenar. Bukannya buat pembedahan plastik, menari sikit, berlakon macam kayu sikit, pastu bunuh diri, pastu semua peminat menatap kematian macam tak ada agama.
Powered by Blogger.