Advertising

Oh Yeah : Wanita Ini Terkejut Dengan Hidangan Di Salah Sebuah Restoran Terbaik Di Dunia Yang Berharga $600 (RM2445.90)!

Views

Pernahkah korang tertanya-tanya bagaimana rasanya makan kat salah satu restoran terbaik di dunia? Walaupun kita tak dapat merasai makanan yang mahal-mahal tu, seorang pengguna Imgur iaitu Hoptail berkongsi pengalamannya melalui penggambaran grafik dan gambarnya dari sebuah restoran di San Francisco.
"Jadi saya telah dihantar ke San Francisco untuk bekerja dan saya kebiasaannya mengunjungi restoran terbaik sambil melancong. Saya bukanlah seorang yang kaya kerana saya seorang pelajar kolej. Tetapi saya suka makanan yang enak dan saya banyak menyimpan untuk hobi saya ini. Oleh itu, sila jamu mata anda melalui gambar-gambar makan malam saya untuk satu orang di Saison, "katanya.

Cukup adil, Hoptail. Tinjau ke bawah untuk melihat gambar dan deskripsi di bawahnya, dan terpulang kepada korang untuk berkongsi pengalaman makan makanan yang sedap dan mahal dengan komen korang. Juga terpulang untuk membincangkan kesedapan atau sebaliknya dengan membelanjakan wang yang banyak pada satu hidangan. Adakah ia berbaloi untuk pengalaman ini?

1. "Teh paling heaven yang pernah saya alami dalam hidup saya. Setiap bushel kecil mempunyai cemara, yarrow, chamomile, limau balsem, anise dan hyssop semua dipilih segar dari ladang restoran dan dimasak dengan air panas lemon meyer "

2. "Seterusnya, bayam, kelp panggang yang dimasak dalam mentega dan diikat dengan kaviar"

3. "Ikan Turbot - 2 cara. Hidangan Sashimi ini sangat mengagumkan. Dilengkapkan dengan sos soya yang ringan."

4. "Geoduck. Jika anda tidak pernah mendengarnya sebelum ini, Google. Ianya kelihatan agak aneh. Secara jujur, ianya tak seberapa enak. Hanya kenyal-kenyal dan perapannya boleh tahan, dan saya tak dapat rasa dagingnya "

5. "Hidangan ini adalah hidangan favourite saya daripada semua. Landak laut segar di atas roti panggang yang direbus dalam saus yang dibuat dari potongan roti. Ia adalah SANGAT berkrim ... Kesegaran yang luar biasa dan sos dalam roti itu luar biasa" 

Sumber : Boredpanda
Powered by Blogger.