Advertising

Alat Pemotong Bulu Hidung Ini Adalah Aksesori Untuk Telefon Pintar

Views

Jepun ialah negara yang gemar menghasilkan chindogu iaitu alatan aneh yang dianggap tidak berfaedah di negara lain. Antara chindogu yang hanya menjadi popular setelah berdekad dihasilkan ialah kayu selfie. Jadi tidak mengejutkan di Jepun kini aksesori pemotong bulu hidung telah dihasilkan untuk telefon pintar.

Pemotong bulu hidung ini mempunyai kepala berputar yang mencantas bulu yang menyemakkan rongga nasal pengguna. Bahagian kepala boleh dilaras sebanyak 180 darjah mengikut keperluan. Terdapat juga kepala berus untuk membersihkan hidung selepas bulu dipotong.


Dua model dihasilkan untuk peranti MikroUSB dan Lighthing. Sebuah penyesuai UBS-A yang disertakan membolehkan ia digunakan pada power bank. Bagi yang berminat pemotong bulu hidung ini dijual pada harga Yen 1480 (~RM 53) sebuah.

Sumber : Thanko, Amanz

No comments:

Powered by Blogger.