Advertising

Bengong! Seorang Wanita Mengadu Di Laman Facebook KRT Kerana Suaminya Hadiahkan Beg Jenama Louis Vuitton Yang Palsu

Views

Setiap isteri mesti teruja setiap kali hari lahir mereka tiba.  Ternanti-nanti apa pula yang akan dihadiahkan suaminya tahun ini.  Dikatakan kunci rumahtangga yang bahagia apabila isterinya bahagia.  Oleh sebab itu, suami memainkan peranan yang penting terutama dalam memperingati momen-momen istimewa seperti ulang tahun kelahiran mereka.

Namun seorang isteri yang memahami pasti tidak mengejar semua itu kerana sudah cukup bersyukur dengan segala nikmat dan kelengkapan yang Allah s.w.t dan suami sediakan.  Mungkin cukuplah sekadar mengingati hari kelahiran isterinya dengan ucapan yang ikhlas sudah memadai.

Lain pula kisahnya dengan seorang isteri yang berkongsi kisah sedihnya di page Kisah Rumah Tangga apabila mengetahui suaminya menghadiahkan beg berjenama tiruan sempena hari jadinya.  Namun apa yang dia dapat hanyalah kecaman bertalu-talu daripada netizen yang mengatakan kepadanya tidak bersyukur dan tidak menghargai usaha si suami.


p/s : perghhh tak tau nak cakap apa..

Sumber : Siakap Keli

No comments:

Powered by Blogger.