Advertising

Berpura - Pura Disamun, Padahal Dia Perancang Utama

Views

Cubaan taktik, kononnya disamun ketika memasukkan wang duit kutipan kedai 7-Eleven, akhirnya terbongkar.

Seorang pekerja kedai 24 jam itu yang berusia 22 tahun, ditahan kerana disyaki menjadi perancang utama kejadian samun membabitkan dua lelaki bermotosikal.

Taktik itu terbongkar ketika polis membuat rakaman percakapan berhubung laporan suspek mengenai kejadian samun berkumpulan pada 9.30 pagi di Greentown Business Centre, Ipoh.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, suspek memakai beg silang yang mengandungi wang kutipan kedai berjumlah RM3,060, kad pengenalan diri, kad ATM, dan telefon bimbit telah diragut dua lelaki bermotosikal ketika berjalan menuju ke sebuah bank.

"Hasil daripada siasatan mendapati kejadian itu telah dirancang dan pengadu menyuruh rakannya sendiri meragut beg yang dibawanya ketika berjalan menuju ke bank untuk memasukkan wang syarikat," kata polis dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Berikutan itu, suspek telah ditahan bersama dua lelaki lain dan kesemuanya akan direman esok.

Ketiga-tiga suspek ditahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sumber : Astro Awani

No comments:

Powered by Blogger.