Advertising

Captain Marvel Bakal Menggantikan Captain America Dalam Avengers Dan Pemegang Wataknya Didedahkan

Views

Rata-rata peminat sudah mengetahui bahawa Captain America yang dilakonkan oleh Chris Evans bakal meniti zaman akhir kegemilangannya apabila aktor itu mengumumkan kontraknya bersama Marvel sudah tamat dan beliau sendiri ingin beralih angin dengan menjadi pihak dibelakang produksi.

Captain Marvel Pengganti Captain America

Percaturan Marvel begitu teratur sekali. Sepeti yang dijangka, sebaik sahaja selesai dengan Captain America, mereka sudah pun mempunyai perancangan untuk menggantikan francais filem itu dengan menghasilkan Captain Marvel pada tahun 2019.

Dan untuk anda yang pertama kali mendengar nama Captain Marvel, percaya atau tidak, beliau adalah seorang wanita!


Brie Larson Adalah Captain Marvel

Setelah peminat menanti-nantikan pengumuman rasmi siapakah pemegang watak adiwira terbaru itu, hari ini beberapa gambar rasmi penggambaran filem itu telah tersebar. Brie Larson adalah Captain Marvel!


Lebih mengejutkan, seperti yang sedia maklum kostum Captain Marvel adalah campuran pelbagai warna merah, kuning dan biru namun kostum yang dilihat pada Larson berwarna hijau.


Adakah itu warna rasminya atau hanya digunakan untuk menghasilkan warna tertentu pada filem itu nanti? Kami sendiri tidak sabar untuk melihat kemunculan the new captain!

Sumber : Hangat

No comments:

Powered by Blogger.