Advertising

Fakta Fenomena 'Super Blue Blood Moon' Yang Sangat 'Rare' Sedang Berlaku Sekarang 7.45 Malam Hingga 11.11 Malam Ini

Views

Sejak beberapa hari lepas, dunia astronomi bersiap sedia dengan teleskop masing-masing untuk mencerap satu fenomena gerhana bulan penuh yang digelar super blue blood moon. Jangan risau, ia bukanlah satu fenomena yang bakal menukar jejaka-jejaka tampan menjadi serigala jadian untuk bertarung dengan Edward Cullen.

Sebenarnya, ia adalah gabungan beberapa fenomena bulan:

i. Fenomena Blue Moon

Fenomena ini adalah bulan purnama kedua yang berlaku di dalam sebulan. Ia hanyalah satu fenomena yang berlaku kerana penggunaan kalendar suria (Gregorian). Bulan yang banyak bilangan harinya (31 hari) memungkinkan dua bulan purnama berlaku sebulan. Jika dibandingkan dengan kalendar lunar (Islamik) yang memfokus kepada kitaran orbit bulan, fenomena blue moon ini tidak akan berlaku.

Oleh kerana fenomena dua bulan purnama berlaku sebulan amat jarang berlaku, maka dari situlah wujudnya frasa Inggeris “once in a blue moon”. Ia merujuk kepada sesuatu yang amat jarang berlaku. Ia tidak ada kena mengena dengan warna atau rupa bulan pada ketika itu.

ii. Fenomena Super Moon

Ini pula adalah satu fenomena di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee) berlaku serentak dengan bulan penuh. Ia menyebabkan bulan nampak lebih besar (ada orang kata lebih romantik) dari biasa.

iii. Fenomena blood moon (bulan berdarah atau bulan merah)

Ini adalah fenomena gerhana bulan penuh. Pada ketika ini, bulan dibayangi oleh warna kemerah-merahan akibat refraction (penyelerakkan) cahaya matahari ketika melalui atmosfera bumi.

Jadi?

Pada dasarnya, super blue blood moon bermaksud fenomena gerhana bulan penuh kedua dalam satu bulan yang mana bulan itu nampak lagi besar dari biasa dan berwarna kemerah-merahan. Sungguhpun fenomena-fenomena di atas berlaku agak kerap, kombinasi ketiga-tiga fenomena di atas amat jarang berlaku. 

Kali terakhir Amerika Utara mengalaminya adalah pada tahun 1866. Ada tempat lain di dunia yang mengalaminya pada bulan Disember 1982. Mengikut NASA, fenomena ini hanya akan berlaku sekali lagi pada bulan Disember 2028. Tapi taklah setiap 100,000 tahun sekali seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak!

Perlu diingat, fenomena ini tidak boleh dialami di seluruh dunia pada masa yang sama. Di Mekah, tidak berlaku gerhana bulan penuh seperti yang didakwa pihak tersebut, tetapi hanya sebahagian sahaja. Jadi ambilah peluang ini untuk mencerap fenomena bulan yang tak mungkin akan anda alami lagi di Malaysia selepas ini.


Pencerapan di Malaysia

Di Malaysia, fenomena ini dapat dilihat antara 7.45 malam 31 Januari 2018 dan mencapai kemuncak pada 9.30 malam dan akan berakhir sekitar 11.11 malam. Terdapat beberapa balai cerapan yang menganjurkan aktiviti cerapan fenomena gerhana bulan ini di seluruh negara, dan orang awam boleh melawati lokasi tersebut. Cerapan tanpa radas yang sesuai masih boleh dilakukan, cuma ia amat bergantung pada keadaan cuaca dan awan di lokasi masing-masing pada ketika itu.

Boleh tonton secara live dibawah :



Sumber : Rootofscience

No comments:

Powered by Blogger.