Advertising

iPhone X Plus Bakal Dikuasakan Dengan 2 Bateri Dan RAM 4GB?

Views

Nama Ming Chi Kuo sudah tidak asing lagi dalam meramal serta menganalisis produk yang akan dikeluarkan oleh Apple.

Sebelum ini, dikhabarkan Apple akan mengeluarkan peranti dengan skrin bersaiz lebih besar daripada kebiasaan, dan terbaru timbul pula ramalan mengenai spesifikasi serta rekaan yang akan digunakan.


Berdasarkan imej, kita boleh lihat dua peranti akan dipasang dengan skrin OLED bersaiz 6.5 inci serta 5.8 inci, mempunyai tetapi dwi kamera belakang, dan bingkai diperbuat daripada logam.

Kedua-duanya dipercayai akan dikenali sebagai iPhone X (5.8 inci) dan iPhone X Plus (6.5 inci). Selain itu, ia turut dijangka menggunakan RAM 4GB, lebih besar daripada model iPhone X 2017 yang hanya hadir dengan RAM 3GB.

Tambahan lain, kelihatan juga model tahun ini akan dilengkapi dengan dua bateri yang membentuk huruf L.

Sebuah lagi model dilihat hanya memperagakan skrin paparan LCD tetapi mempunyai rekaan skrin menyeluruh seperti iPhone X. Ura-ura turut menyatakan harganya akan lebih murah berbanding dua lagi model.

Sumber : Wiser, MacRumours

No comments:

Powered by Blogger.