Advertising

Jom Tengok Logo Alternatif 'Visit Malaysia' Yang Jauh Lebih Awesome Dihasilkan Oleh Netizen

Views

Kempen ‘Visit Malaysia 2020’ telah dilancarkan di Chiang Mai baru-baru ini dan majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz diadakan di Chiang Mai sempena ASEAN Tourism yang berlangsung pada minggu ini.

Menurut YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, kempen ini sekaligus bakal membolehkan Malaysia menerima lebih 36 juta pelancong menjelang 2020 sekaligus mengutip meningkatkan pengaliran wang masuk ke dalam negara kita sebanyak RM168 bilion.

Namun yang mencuri tumpuan ketika pelancaran ini semestinya adalah logo untuk Visit Malaysia 2020 ini sendiri. Logo ini menerima reaksi yang pelbagai dan ramai yang mengecam logo Visit Malaysia 2020 ini yang nampak tidak ‘bermaya’ dan sepatutnya logo yang lebih baik patut dipilih.


Debat berlangsung di media sosial dengan mereka yang berkerja di industri kreatif nyata kecewa dengan logo ini. Ada yang berpendapat logo ini direka oleh budak sekolah menggunakan Microsoft Paint.

Beberapa pereka grafik tempatan memperlihatkan idea mereka untuk logo Visit Malaysia 2020 ini. Art Tech, Atira Ariffyn dan Muhammad Hidayatullah adalah antara pereka fesyen grafik yang mempunyai portfolio hebat di dalam dan dan luar negara. Ini adalah idea logo mereka untuk kempen Visit Malaysia 2020 ini.





Memetik komen Datuk Seri Nazri Aziz kepada FMT, beliau berkata logo ini akan terus digunakan walaupun dikritik hebat.

“Kritikan ini biasa. Saya lancarkan di Chiang Mai dan di Chiang Mai semua puji, sememangnya logo ini untuk pelancong asing. Ini bukan untuk dalam negeri, saya tidak kisah dan peduli. Di Chiang Mai, kita dapat sambutan sebab mereka tidak pernah tengok (logo). Lainlah orang Malaysia, sudah biasa tengok. Saya tidak ada niat hendak tukar,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu kepada FMT.

Memandangkan masih ada masa sebenarnya sebelum tahun 2020, apa salahnya jika satu pertandingan mereka logo Visit Malaysia 2020 diadakan tahun lalu atau tahun ini. Daripada pertandingan itu, lebih banyak pilihan rekaan boleh dipilih kerana kita tahu, rakyat Malaysia ramai yang kreatif. Logo yang menang pula dipilih sendiri oleh rakyat Malaysia.

Buat masa ini, logo dengan orang utan dan penyu berkaca mata hitam ini akan kekal sebagai logo Visit Malaysia 2020. Mungkinkah akan ada perubahan di masa akan datang? Kita tunggu dan lihat.

Sumber : TheVocket

No comments:

Powered by Blogger.