Advertising

Kapal Selam Untuk Menyimpan Dadah Bernilai USD50 Bilion Milik Pablo Escobar Akhirnya Ditemui!

Views

Kapal selam Escorbar yang mengandungi dadah telah ditemui di pantai Colombia yang dikatakan mungkin membawa kepada penemuan harta sebanyak £50 billion yang hilang.

Bekas CIA mendakwa telah menemui salah satu kapal selam Pablo Escobar yang digunakan untuk menyeludup dadah. Kapal selam yang digunakan oleh Escobar untuk mengangkut kokain dari Colombia ke Puerto Rico, dan selepas itu ia akan dibawa ke Amerika Syarikat.


Harta Escorbar sebanyak £ 50 billion dilaporkan tersembunyi sebelum kematiannya. Jika kapal selam itu dijumpai, ia boleh mengandungi petunjuk di mana harta itu.

Program saluran Discovery telah mengikuti dua bekas agen CIA yang cuba mengesan harta Escorbar yang hilang. Bekas agen CIA menyelam dengan harapan mencari petunjuk kepada harta £ 50bn yang tersembunyi.

Kamera bawah air menunjukkan mereka berjaya menyelam ke dasar laut dan menjumpai logam dan kotak, tetapi tidak ada sebarang petunjuk lanjut mengenai wang tunai itu.

Bagaimanapun, kumpulan penyelam itu membuat kesimpulan bahawa dasar laut sering bergerak dan berupaya memindahkan objek. Namun, mereka masih berharap untuk menemuinya di sekitar kawasan tersebut.



Pablo Escobar ini merupakan seorang pengedar dadah yang pernah mengetuai Medellin Cartel yang membekalkan 80 peratus kokain yang digunakan di Amerika Syarikat pada tahun 1980-an. Escobar memulakan kerjaya jenayahnya sebagai seorang remaja menjual rokok seludup dan mencuri kereta di jalan-jalan Medellin, Colombia.

Dia bertukar menjadi pengedar kokain pada tahun 1970-an dan menjadi begitu berjaya. Beliau mempunyai 15 pesawat dan 6 helikopter untuk membantu penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat.

Menjelang pertengahan 1980an, kartel Pablo Escobar membawa dadah yang bernilai $ 420m (£ 300 juta) seminggu, hampir $ 22 bilion setahun. Kebanyakan harta pusingan Escobar ditaburkan secara tunai di pelbagai lokasi.

Pada tahun 1989, beliau telah disenaraikan sebagai orang ketujuh terkaya di dunia oleh Majalah Forbes, dan telah dikenali secara tempatan sebagai tokoh ‘Robin Hood’, memandangkan dia memberi sebahagian wangnya kepada golongan miskin di Colombia dan membina perumahan untuk mereka yang tiada tempat tinggal.

Dia ditembak pada Disember 1993, ketika cuba melarikan diri dari bumbung dengan pengawalnya, Alvaro de Jesus Agudelo, yang juga ditembak dan dibunuh.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang telah mendakwa bahawa Escobar sebenarnya membunuh diri selepas menyembunyikan sebahagian besar hartanya di lokasi yang tidak diketahui kerana kebanyakan wangnya tidak pernah dijumpai.


Pada tahun 2009, $ 8 juta (£ 5 juta) telah ditemui di kompleks tersembunyi yang dibina di dalam hutan, di mana terdapat kilang kokain.

Christian de Berdouare, pemilik restoran ayam, yang membeli rumah Escobar pada tahun 2014 dengan harga $ 10 juta. Beliau percaya terdapat harta karun tersembunyi di dalam kawasan rumah itu.


Sumber : Taiko TV

No comments:

Powered by Blogger.