Advertising

Oh Yeah : 15 Artis OKU Yang Akan Mengagumkan Anda Dengan Keupayaan Mereka

Views

Sekitar 10 peratus daripada jumlah penduduk dunia, atau kira-kira 650 juta orang, hidup dengan kurang upaya dari segi mental dan fizikal menurut laporan tahunan 'Disability Statistics'. Apabila melihat karya-karya mereka didalam artikel ini anda tidak akan percaya bahawa mereka adalah OKU kerana hasil-hasilnya sangat mengagumkan.

Dari lukisan dilukis dengan mulut mereka kepada jurugambar yang buta - mereka ini benar-benar menjadi inspirasi. Hidup dengan keadaan yang paling tidak dapat dibayangkan, mereka sering menggunakan seni sebagai cara untuk berkomunikasi dengan dunia. Bagi sesetengah orang di sini, itu satu-satunya cara komunikasi yang mereka ada.


# 1 Mariusz Kedzierski Dilahirkan Tanpa Tangan Tetapi Masih Mampu Untuk Memenuhi Impiannya Melukis Lukisan Realistik

# 2 Didiagnosis Dengan Autisme Seawal Umur 3 Tahun, Stephen Wiltshire Kini Terkenal Dengan Melukis Satu Bandar Secara Terperinci Hanya Dengan Sekali Imbas Tanpa Melihat Gambar

# 3 Mempunyai Kesukaran Untuk Bertutur, Iris Grace, Yang Mempunyai Autisme, Ibu Bapanya Memperkenalkan Lukisannya, Ketika Mereka Menemukan Bakatnya yang Menakjubkan

 # 4 Peter Longstaff Dilahirkan Tanpa Tangan Akibat Daripada Ibunya Mengambil Dadah Thalidomide Semasa Hamil, Tetapi Peter Tidak Pernah Menganggap Dirinya Sebagai OKU

# 5 Lahir Dengan Cerebral Palsy, Paul Smith Menghasilkan Karya Yang Menakjubkan Hanya Dengan Menggunakan 1 Jari Pada Mesin Taip

# 6 JC Sheitan Tenet Memiliki Tangan Robotik Dan Berjaya Menjadi Artis Tatu

# 7 Huang Guofu Kehilangan Kedua-Dua Tangannya Dalam Peristiwa Kejutan Elektrik Yang Dahsyat Semasa Umurnya Empat tahun, Namun Masalah Ini Tidak Menghentikan Dia Dari Mengejar Impiannya, Dia Mula Melukis Dengan Kakinya Semasa Umurnya 12 Tahun

# 8 Alana Dilahirkan Dengan Tangan Yang Tidak Boleh Berfungsi. Dia Melukis Hanya Dengan Menggunakan Mulut Dan Kakinya

# 9 Rakan Abdulaziz Kurdi Buktikan Bahawa Kurang Upaya Bukanlah Halangan Kepada Beliau Dengan Menghasilkan Lukisan Realistik Ini

# 10 Uttam Kumar Bhardwaj Boleh Dikatakan Hampir Sempurna. Ini Kerana Dia Boleh Menghasilkan Lukisan Yang Menarik Dengan Kakinya. Beliau Juga Adalah Seorang Pemegang Pingat Emas Dalam Bidang Seni Dan Memenangi Sebanyak 33 Anugerah

# 11 Lahir Dengan Cerebral Palsy, Doug Jackson Melukis Dengan Berus Yang Dilekatkan Kepada Topi Khas. Jackson Mula Melukis Pada Umur 11 Tahun Dan Mempunyai Pengiktirafan Di Seluruh Dunia Untuk Gaya Impresionisnya
 
# 12 Doug Landis Telah Lumpuh Dari Leher Sehingga Bawah, Selepas Kemalangan Yang Ngeri, Semasa Pertandingan Gusti Di Sekolah Tingginya. Dia Menemukan Bakatnya Ketika Dia Melihat Lukisan Sebuah Rumah, Pada Kad Krismas, Dan Merasakan Beliau Dapat Melakukannya Sendiri

 # 13 Victorine Floyd Fludd Adalah Seorang Jurugambar Buta Yang Hilang Penglihatannya Pada Umurnya 26 Tahun

# 14 John Bramblitt Boleh Dikategorikan Sebagai "Separa Buta", Yang Bermaksud Matanya Hanya Boleh Membezakan Antara Cahay Matahari Dan Kegelapan (Macam Effect Hitam Putih). Walaupun Begitu, Beliau Mampu Mewarna Lukisan Dengan Menggunakan Cat Yang Bertekstur Sebagai Panduannya Sekitar Kanvas

# 15 Zuly Sanguino, Keinginannya Untuk Melukis Lebih Kuat Daripada Keupayaannya

No comments:

Powered by Blogger.