Advertising

Jom Baca 7 Tips Untuk Meningkatkan Stamina

Views

Pernah tak rasa baru berjalan sedikit tapi letihnya macam dah berjalan 5 kilometer? Kalau pernah, itu bermakna badan anda kekurangan stamina!

Stamina ini sangat penting untuk anda melakukan aktiviti seharian anda dan bagi mengelakkan badan anda cepat letih. Ia juga berfungsi untuk menjadi tenaga simpanan dalam tubuh anda yang mampu menjadi tenaga ganti untuk anda melakukan benda yang anda suka dan perkara yang perlu anda buat secara tiba-tiba.

Untuk yang kurang stamina, tak perlu nak tergesa-gesa cari stamina dengan minum atau ambil supplement, sebab kadang ia tidak elok untuk tubuh anda. Ada kes di mana berlakunya penyakit kegagalan buah pinggan disebabkan mengambil minuman tenaga.

Jadi, apa kata anda cuba cara semulajadi tanpa ubat-ubatan untuk meningkatkan stamina anda:


1. Bersukan


Menurut James Rippe, seorang pakar kardiologi dan juga Pengarah Institut Lifestyle Rippe di Shrewsbury, Massachusetts, Amerika Syarikat, sukan terutamanya aerobik adalah ubat terbaik untuk mengatasi keletihan dan meningkatkan tenaga.

Senaman seperti berbasikal, berenang dan berjalan akan menguatkan jantung anda supaya lebih banyak oksigen ke seluruh tubuh.



2. Minum lebih banyak air


Ramai dah tahu kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan keletihan. Sebab apa? Aliran darah akan perlahan dan ia mengambil lebih banyak masa untuk sel-sel dalam tubuh mendapatkan oksigen.

Jadi, amalkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari ya!



3. Tingkatkan pengambilan vitamin, mineral dan omega 3


Dr. Roberta Lee, Pengarah Pusat Continuum untuk Kesihatan dan Penyembuhan di New York, Amerika Syarikat, mencadangkan pengambilan multivitamin dan mineral kepada pesakit keletihan. Mengapa?

Vitamin antioksidan membantu meneutralkan kerosakan dalam badan sel akibat serangan radikal bebas. Mineral pula menyokong tahap penggunaan hati dan buah pinggang dalam melakukan detoksifikasi badan dan Omega 3 asid lemak membantu keseluruhan bagi setiap sel-sel berjalan dengan lancar.



4. Makan sedikit, tapi kerap


Makanlah dalam hidangan yang kecil, tapi kerap untuk memberi tenaga pada badan anda. Mengambil karbohidrat dengan jumlah yang banyak akan menyebabkan gula bertambah dalam badan dan menyebabkan keletihan dan mengantuk.

Tapi ingat! Jangan terlebih kurang makan pula. Lagi badan akan jadi letih!



5. Ubahlah tabiat anda!


Kalau dulu, bangun pagi pun malas, apa kata ubah tabiat itu. Bangun pagi, mandi sebelum subuh dan lakukan aktiviti seperti jogging, berbasikal dan sebagainya. Ubah perkara yang anda selalu buat sehingga bosan seperti cuba dengan musik baru, gunakan jalan baru ke pejabat dan lain-lain.


6. Buat senarai perkara yang perlu!


Menurut ony Schwartz, melakukan perkara yang tidak menjadi keutamaan akan menghabiskan tenaga. Jadi, ambil kertas kosong dan senaraikan perkara paling penting yang anda nak lakukan dalam hidup anda dan lupakan perkara yang remeh-temeh itu!


7. Rehatlah secukupnya


Ramai yang abaikan perkara ini. Bagi mereka, hidup ini perlu kerja dan kerja. Anda perlu ingat, badan kita bukannya mesin yang boleh bekerja 24 jam, bahkan mesin pun boleh rosak kalau asyik gunakan jer! Jadi, ambil masa untuk berehat. Berikan ruang untuk diri anda.

Bina stamina, hidup bergaya!


Sumber : LelakiSihat

No comments:

Powered by Blogger.