Advertising

Akhirnya Wanita Yang Mempunyai Bulu Paling Lebat Di Dunia Ini Cukur Mukanya Buat Pertama Kali

Views

Supatra berasal dari Thailand dan tidak seperti kebanyakan wanita, dia mempunyai kelebihan yang orang lain tidak ada iaitu mempunyai bulu paling lebat di muka. Sindrom Ambras adalah penyebab utama pertumbuhan rambut luar biasa di wajahnya.

Kerana keadaan ini, dia telah dinamakan sebagai wanita berbulu paling lebat di dunia. Malah Guinness Book of World Records bersetuju mengenai perkara itu.

 

Semenjak dilahirkan, ibu bapanya tahu bahawa dia akan mengalami permasalahan tertentu. Dia akhirnya digelar "Natty" dan ibu bapa Natty bimbang tentang kes buli yang mungkin dia alami. Oleh kerana keadaannya agak jarang berlaku dalam dunia, masyarakat tidak boleh dipersalahkan jika mereka memutuskan untuk berhenti dan melihatnya dengan lebih dekat.


Teknik pembuangan rambut dengan laser tidak dapat mengatasi masalah ini. Walaupun laser dapat menghilangkan rambut pada saat ini, ia akan tumbuh kembali dengan segera. Bagi Supatra, dia tidak akan membiarkan keadaan itu menghalangnya daripada menjalani kehidupan seperti biasa. Dia bersyukur dengan keadaannya dan tidak akan membenarkan sesiapa menggangu kehidupannya.

sebelum dan selepas

Dia telah mengharungi pelbagai cabaran yang sukar dalam hidupnya. Dia juga bergelut dengan pertumbuhan gigi yang perlahan dan saiz hidung yang agak besar. Beliau akhirnya memutuskan untuk memotong bulu di mukanya. Natty kini berumur 17 tahun dan dia telah mempunyai teman lelaki. Dia sekarang menetap dengan suaminya selepas berkahwin

No comments:

Powered by Blogger.