Advertising

Oh Yeah : Akhirnya Wenger Bersedia Untuk Tinggalkan Arsenal?

Views

Selepas beberapa tahun berhadapan dengan kempen #WengerOut, Arsene Wenger akhirnya memberitahu yang beliau sedah mempertimbangkan untuk meninggalkan Arsenal.

Wenger tidak pasti sama ada beliau akan menamatkan baki kontrak lanjutan 2 tahun yang beliau tandatangani sebelum ini ataupun melepaskan jawatan itu selepas Jun ini.

Arsene Wenger dikatakan sudah memaklumkan kepada Lembaga Pengarah Arsenal bahawa beliau secara peribadi mencadangkan bekas kapten Arsenal, Mikel Arteta sebagai pengganti beliau.

Namun keputusan akhir adalah di tangan pengurusan tertinggi pasukan dan pemilik kelab. Wenger menegaskan yang masanya sudah tiba untuk beliau meninggalkan karier kejurulatihan beliau


Arteta kini menjadi pembantu Pep Guardiola di Manchester City. Beliau sedang berguru dengan Pep Guardiola untuk menguruskan pasukan dari segi taktikal dan pengurusan pasukan dalam era bola sepak moden.

Arsenal terkenal dengan DNA bola sepak moden dan falsafah yang dipelajari oleh Mikel Arteta pastinya menepati kriteria yang dimahukan oleh Arsenal.

Pep Guardiola menganggap Arteta sebagai antara orang penting dalam membantu beliau menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris.

Pep juga memberikan kredit kepada Arteta di atas kerja hebat beliau membantu pemain seperti Sterling mencapai potensi terbaik.

Sumber : Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.