Advertising

Anda Introvert Atau Extrovert? Mungkin Juga Ambivert? Jom Baca 10 Fakta Ambivert Ini

Views

Korang tahu tak apa itu ambivert? Ambivert ni bermaksud seseorang yang mempamerkan kualiti daripada kedua-dua kumpulan iaitu extrovert dan introvert. Mereka ini adalah individu yang tak tahu nak masuk dalam kategori yang mana satu maka terhasil lah kategori ambivert yang berada di tengah-tengah.


Kebiasaannya orang lebih cenderung kepada satu kategori iaitu antara extrovert yang suka dikelilingi orang ramai atau introvert, mereka yang lebih suka menyepi dan cenderung kepada pemikiran secara mendalam. Yang tak milik kepada mana-mana kategori, ini lah yang kita gelar sebagai ambivert.



Ini adalah 10 situasi yang paling sukar dalam hidup untuk ambivert :

1. Bila keluar rumah rasa macam nak balik je, tapi bila duduk dekat rumah rasa nak keluar berjalan pula

Orang ambivert ni bila mereka sorang-sorang dekat rumah, senario terburuk adalah bila tiba-tiba rasa takut akan kehilangan (Fear of Missing Out). Bila keluar rumah berjalan pula, mesti ada je terfikirkan yang lebih baik duduk rumah layan TV, basuh baju dan sebagainya. Mereka ni tak menentu dalam situasi sebegini.

2. Susah untuk nak selesaikan sesuatu perkara

Korang terasa nak jumpa kawan baru, pergi ke  tempat baru yang best, nak cuba makanan baru dan macam-macam lagi lah yang di-plan kan, tapi ada suara kecil introvert korang tu yang berpendapat lain pula. Korang terfikir pula untuk nak duduk bersahaja di kedai kopi dan berfikir jauh. Hmm susah juga ni. Belum cukup 24 jam lagi korang lah keliru dan cemas dengan apa yang nak dibuatkan.

3. Tak boleh nak beri kata putus sama ada suka atau benci social media

Ada masanya korang akan terlampau taksub dengan social media sampai handphone tak lekang daripada tangan. Asyik scroll facebook, Twitter dan macam-macam lagi lah. Tapi kadang-kadang ada masanya korang tak terasa nak pegang handphone sampai berminggu pun tak kisah. Kisahnya di sini, korang tak konsisten dana tak berapa nak ambil peduli sangat.

4. Korang tak nak setakat baik je, nak lebih daripada tu

Korang nak sangat berubah dan tak boleh tunggu-tunggu lagi. Diri korang meminta untuk nak cari kawan dan berbual dengan kawan yang dah lama korang tak jumpa, tapi dalam masa yang sama korang fikirkan benda lain pula. Separuh daripada diri nak bersosial, tapi separuh lagi nak luangkan masa untuk diri sendiri je.

5. Senang untuk berjumpa kenalan baru tetapi susah nak kekalkan hubungan

Korang mudah buat rancangan untuk nak berjumpa dengan kawan tapi tak sampai 5 minit korang akan menyesal. Orang sebegini memang senang untuk buat kawan baru, bertukar-tukar nombor telefon dan social media semua tapi nak kekalkan momentum hubugan tu memang bukan sikap korang. Korang lebih suka hubungan sementara je macam berbual sambil menunggu bas, dan hubungan tu tamat lepasa bas  dah sampai. Macam tu je.

6. Mengharapkan yang korang ni boleh jadi selesa sama seperti kawan korang

Orang sebegini selalunya jadi orang yang paling lawak sekali bila dikelilingi mereka yang dia kenal tapi bila di khalayak umum, dia akan jadi yang paling senyap. Korang tak suka kalau kena duduk semeja makan dengan orang yang korang tak berapa nak kenal dan nak bergelak tawa sama. Tapi korang akan jadi sangat lawak dan bertindak bodoh-bodoh bila bersama kawan.

7. Selalu rasakan yang tak ada siapa faham korang

Macam mana diorang nak faham kalau satu saat korang turut serta makan ramai-ramai tapi tak sampai 5 minit korang dah dalam zon korang sendiri, bukak handphone dan tengok movie. Kalau tak tunjukkan minat untuk nak join, macam mana nak expect orang lain untuk kenal kan?

8. Yang pertama suka ajak orang lain untuk balik

Bila korang pergi mana-mana acara atau apa-apa lah, korang akan bersuka ria, tapi suka ria korang tu sekejap je lah. Tak sampai sejam dah mula  rasa bosan dan nak balik. Dan selalunya korang akan jadi orang pertama yang akan beransur dulu dan tiba-tiba je korang hilang dna buat orang lain tercari.

9. Tak pandai nak respon mesej dan orang selalunya ambil hati

Kawan-kawan selalu merungut betapa lamanya nak tunggu korang balas mesej. Sampaikan berbulan baru lah korang akan seen/bluetick tapi itu belum tentu lagi bila nak balas. Ini sikap yang buat orang lain rasa menyampah dan seperti tak dihargai. Sebenarnya bukan pemalas atau sengaja  tak nak layan, cuma mereka perlukan ruang sendiri dan tak pandai nak gunakan vokal.

10. Rasa sunyi walaupun dikelilingi orang ramai di tempat yang bising

Bila pergi jamuan hari jadi ataupun tengok band kegemaran perform, betapa sesak dan bising pun tempat tu korang tetap rasa sunyi dan seakan-akan bersendiri. Muzik kuat dan betapa happening pun suasana tu, tetap rasa macam tak fit dalam situasi.

Jadi korang ada ke ciri-ciri sebegini? Kalau iya maksudnya  korang adalah ambivert!


p/s: aku rasa aku ambivert, hehehe.

Sumber : blogmaukerja

No comments:

Powered by Blogger.