Advertising

Oh Yeah : Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Depresi

Views

Perkongsian ini adalah hasil daripada penulisan daripada pembaca facebook page iium confession.. 

Assalamualaikum admin dan para pembaca.

Saya sudah sekian lama nak menulis kembali tetapi still havent git a chance. Tertawa saya melihat komen yang mengatakan confession saya sebelum ini berkenaan dengan Rezeki Menjaga Ibu Bapa itu mengenai hasil penulisan saya ibarat Esei SPM. 

Saya anggap itu sebagai pujian memandangkan sudah sekian lama saya tidak menulis dalam Bahasa Melayu. Malah berbesar hati dengan komen tersebut. Terima kasih. :)

Kali ini saya ingin berkongsi tips untuk mengatasi Depresi. Saya telah di diagnosed menghidapi “Bipolar Disorder” when I was 17 during SPM oleh Neurologists dan telah diberi sejenis ubat which I don’t remember what it is. But kesan daripada ubat itu, saya jadi begitu pasif dan mengantuk serta “numb”.

The feeling is not good which apparently you didn’t feel anything at all. Ibarat nya kita ini macam patung sahaja. Jadi saya terus stop dari mengambil ubat itu. Masalah ini berterusan dan menjadi lebih parah ketika saya di Universiti (dimana pada confession saya dahulu saya telah menceritakan saya telah disihir wallah hu alam). 

Masalah depresi saya menjadi lebih parah dan telah menyebabkan saya terkena “panic attack” apabila keadaan menjadi lebih The problem berlarutan sehingga lah setahun yang lepas. Saya akhirnya berjaya mengatasi masalah depresi dan panic attack ini steleah hampir 10 tahun. 

I know so many people have been suffering depression problem dan saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi tips. Semoga tips ini dapat membantu sahabat-sahabat saya yang turut menghadapi masalah ini.


1. DOA DAN SERAH KEPADA ALLAH : Saya ingin emphasize hal ini kerana, Allah adalah sumber kekuatan kita dan hanya Dia yang memahami dan akan mendengar keluh kesah dan kerisauan kita. 

Jangan pernah sesekali putus asa dengan Allah walaupun ujian yang diberikan kepada kita lama durasi nya. Ingin saya tegaskan doa ini haruslah penuh kesungguhan dan jika boleh menangis, menangis lah di tikar sejadah memohon ampun dan mohon pertolonganNya. 

Jika anda mengetahui punca depresi anda, maka berkongsi dan berkeluh kesah lah kepada Allah kerana sesungguhnya Dia sahaja yang sentiasa mendengar dan membantu kita tanpa apa-apa permintaan.

2. BANGUN TAHAJUD & SOLAT SUNAT TAUBAT:
Ini adalah sumber kekuatan saya, tahajud dan solat taubat. Dan melalui tahajud dan sunat taubat, kita akan lebih at peace dan merasa diri dekat dengan Allah.


Buat sekadar kemampuan dan pastikan ia adalah konsisten. Tidak perlu kerjakan begitu banyak rakaat sehingga ianya menjadi beban kepada diri sendiri untuk buat setiap hari. Jika anda yakin mahu buat lebih dari 2 rakaat maka buat lah tetapi pastikan setiap hari paksa diri bangun dan bersujud kepadanya.

3. MENULIS SETIAP NIKMAT DAN KELEBIHAN DIRI ANDA DAN BACA SETIAP HARI: Kita menjadi stress atau depresi adalah kerana kita sering compare diri sendiri dengan chapter hidup orang lain yang sudah berjaya. 

Saya syorkan kepada anda semua, mulai dari hari ini, tulis setiap nikmat yang anda rasa dan kumpul kan di atas satu buku.


Baca buku ini dan setiap kali anda merasa happy, tulis perkara tersebut di dalam buku. Contoh: Syukur saya masih hidup. Buat list sebanyak mungkin. Dan jangan lupa baca list itu sebelum tidur.

4. JAGA KESIHATAN DIRI : Setiap orang diberikan peluang yang sama, kesihatan yang sama tetapi atas usaha masing-masing untuk menjaga diri kita itu lah yang membezakan kita manusia.


Ingat bahawa, tubuh badan, minda adalah amanah Allah kepada diri kita. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti riadah dan jika anda ada hobi maka ambil masa untuk diri sendiri lakukan aktiviti hobi anda.

Jika anda mahu , insyaallah perkara ini pasti boleh dilakukan. Honestly to me, changing my life style was the best decision of my life. It just keep our mind stay relax and beat the overthinking of depression.

5. TULIS : Sewaktu kita dalam keadaan depresi, fikiran kita seakan akan kosong dan tidak tahu apa punca stress kita atau “mood swing” kita.

Sebenarnya, ini adalah mode tubuh kita untuk mengelak dari kebenaran yang sebenarnya kita tahu. So erti kata lain, kita bertindak self defense diri kita untuk melindungi diri kita dari sakit, tetapi perkara ini sebenarnya punca depresi kita.

Untuk mengatasi masalah, kita perlu tulis “trigger” depresi kita dan senaraikan seberapa banyak yang boleh ketika itu. everytime the “trigger” happened kita akan tulis. Dan di hujung setiap muka surat itu tulis, SAYA MAAFKAN DIRI SAYA , (NAMA PENUH KITA).

6. TERIMA / ACCEPT : Kita perlu sedar, semua orang mempunyai masalah cuma dengankeadaan yang berbeza. Dan pertarungan kita dengan masalah ini adalah umpama “competition”. Jadi kita perlu buktikan kepada diri sendiri dengan kekuatan kita atas bantuan Allah, yakin yang episode ini pasti akan berakhir. 

Kita juga perlu terima bahawa setiap manusia melakukan kesalahan dan tiada sesiapa pun sempurna. Jika ada mereka yang mengejek atau menghina kita, anggap sahaja kasihan mereka. Mereka sedang bertarung juga dengan masalah mereka yang kita tidak tahu atau erti kata lain mereka gila (hahaha, ini hanya untuk menghiburkan hati kita ya. Bukan tujuan menghina orang).

7. JANGAN LETAK EXPECTATION UNTUK ORANG MEMAHAMI KITA : Saya sedar orang yang depresi sering minta unuk orang sekelilingnya untuk memahami diri kita dan bertoleransi dengan keadaan kita.

Orang depresi juga sering menceritakan permasalahan dirinya terhadap orang sekeliling an mengharap agar orang memahami keadaannya (begitu juga saya suatu ketika dahulu dan setelah saya sembuh saya malu dengan sifat saya ini).

Kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita bahawa, kita dilahirkan di muka bumi ini sebagai khalifah Allah dan mempunyai tanggungjawab terhadap diri kita sendiri. Apabila kita meletakkan tanggungjawab kita untuk menjaga diri kita terhadap orang lain, adalah tidak munasabah dan suatu tindakan “selfish”.

Saya mohon jangan salah faham statement saya. Maksud saya adalah, setiap manusia pasti ada masalah mereka dan jika kita meletakkan expectation kita kepada orang untuk memahami kita, pasti ini tidak akan terjadi.

Dan selepas perkara itu tak menjadi, kita akan lebih depress. Letaklah permasalahan anda sepenuhnya kepada Allah dan jangan sesekali put “expectation” kepada manusia, ini pasti akan merugikan diri kita.

8. LEARN TO LOVE YOURSELF : Saya juga masih lagi didalam proses menyayangi diri sendiri dan ia memang mengambil masa yang lama. Tetapi as long as you progress every single day even though ia nya perlahan insyaallah pasti akan membuahkan hasil.

Erti kata lain SABAR dan konsisten. Jika kita perlu memikul tanggungjawab yang berat sekalipun seperti contoh anda seorang ibu dan perlu memberikan masa sepenuhnya terhadap keluarga. Itu adalah persepsi yang salah.

Untuk memastikan anda memberi kasih sayang dan bantuan dengan ikhlas dan tidak melemaskan diri anda. Kita perlu memberi masa kepada diri sendiri walaupun 5 minit sehari (curi-curi ketika anak sedang tidur atau ambil peluang keemasan) untuk memakai mask muka atau perkara lain yang boleh menghiburkan anda.

Dengan membuat perkara yang kita suka in other words, when we give time for ourselves, insyaalllah anda tidak akan beban dan depress untuk meneruskan tanggungjawab anda malah ianya akan lebih enjoyable.

Sebenarnya banyak lagi yang saya boleh berkongsi tetapi saya tidak mahu menulis novel pula disini. Haha. Oleh itu, sebelum undur diri, saya disini ingin memohon maaf andai terdapat perkara yang mungkin ada yang bersependapatu atau terkasar bahasa dalam penulisan saya ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, ingin mendoakan kesejahteraan mereka yang menghidapi “depression” agar diberikan kekuatan dan kesembuhan dan terus yakin kepada Allah. Aminnnnn.

Saya berharap sedikit sebanyak perkongsian saya dapat membantu sahabat-sahabat saya yang mengalami masalah yang sama. Ingat, anda tidak pernah keseorangan. Jika anda dipulaukan, jika anda tidak disukai atau jika anda merasakan diri anda useless atau kesepian, sedarlah bahawa Allah sentiasa melihat kita dan kita tidak pernah kesepian.

Jika dahulu kita adalah hasil daripada sperm yang terhebat maka tidak mustahil kita boleh menjadi yang terhebat suatu hari nanti dengan izin Allah. Wallah hu alam. Sekian. :)

– Bekas Penghidap Bipolar Disorder
– Raudhah

Sumber : iiumc

No comments:

Powered by Blogger.