Advertising

Oh Yeah : Bekas Pemenang Ballon D'Or Ini Telah Dipilih Untuk Menjadi Presiden Liberia

Views

Jika disebut tentang Ballon D'Or pasti ramai akan terbayangkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kerana anugerah ini dimonopoli oleh mereka berdua pada era ini. Setelah kerjaya sebagai pemain bolasepak berakhir, pasti mereka terpaksa mencari kerjaya baru bagi meneruskan kehidupan masing-masing.

Ramai di antara pemain bola yang memilih bergiat dalam bidang bolasepak seperti menjadi jurulatih atau pengulas sukan. Namun, berbeza buat George Weah yang mahu melakukan perubahan untuk negaranya dengan menyertai bidang politik. Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang George Weah kerana dia tidaklah begitu terkenal jika dibandingkan dengan pemain bolasepak yang lain.

George Weah sangat dikenali bagi peminat pasukan bola sepak AC Milan dan juga mendapat banyak pujian daripada pemain bolasepak di seluruh dunia seperti legenda Pele dan Diego Maradona. Pele menamakan George Weah sebagai 100 pemain bola sepak terhebat yang masih hidup.



George Weah memulakan kerjaya sebagai pemain bolasepak ketika mengikuti kelab Young Survivors Claratown seawal umur 15 tahun pada tahun 1981. Dia kemudiannya berpindah sebanyak 4 kali sebelum bakatnya dilihat oleh Arsene Wenger pada tahun 1988 ketika di bermain buat sebuah kelab Cameroon.

Arsene Wenger yang merupakan pengurus pasukan Monaco ketika itu terus mengambil peluang untuk membeli penyerang muda dari Liberia ini. George Weah menghabiskan masa selama 5 tahun di Monaco menjaringkan 47 gol dalam 103 perlawanan sebelum berpindah ke kelab musuh, Paris Saint Germain (PSG). Sewaktu di Monaco juga, Weah pernah memenangi anugerah Pemain Terbaik Bolasepak Afrika  pada tahun 1989.

Di PSG, dia menghabiskan masa selama 4 tahun dari 1992 hingga 1995 menjaringkan 32 gol daripada 96 perlawanan. Pada tempoh tersebut, dia telah memenangi 2 kali Piala Perancis dan sekali Liga Perancis. Dia juga merupakan penjaring terbanyak UEFA Champions League pada musim 1994-1995. Pada tahun 1994, dia sekali memenangi anugerah Pemain Terbaik Bolasepak Afrika


Fabio Capello yang merupakan pengurus AC Milan ketika itu tertarik dengan bakat yang ada pada Weah tidak melepaskan peluang untuk membeli pemain berbakat ini. Setelah menyertai AC Milan, Weah terus menunjukkan taringnya apabila menjadi penjaring terbanyak buat AC Milan dan membantu kelab gergasi Itali itu memenangi liga Itali, Serie A pada musim pertamanya.

Pemain lagenda Itali, Roberto Baggio juga merasakan pemindahan Weah ke AC Milan merupakan satu keputusan yang bijak. Gabungan dua pemain ini menyebabkan AC Milan digeruni setiap kelab Itali ketika itu. Weah diingati peminat AC Milan apabila dia menjaringkan gol solo setelah menggelecek 7 pemain lawan. Pada tahun 1999, Weah sekali lagi membantu AC Milan untuk memenangi Serie A dan secara keseluruhan

Secara keseluruhan, dia telah menjaringkan 58 gol dalam 147 perlawanan buat AC Milan daripada tahun 1995 hingga 2000. Dia juga pernah bermain buat kelab Liga Perdana Inggeris seperti Chelsea dan Manchester City sebelum kembali semula ke Liga Perancis dan bermain untuk Marseille.


Pada tahun 1995, George Weah telah mencipta sejarah kerana dia merupakan satu-satunya pemain daripada benua Afrika yang berjaya memenangi Ballon D'Or. Perpindahannya ke AC Milan membuahkan hasil apabila dia berjaya meraih anugerah ini setelah mengalahkan legenda Jerman, Jurgen Klinsmann dan Jari Litmanen.

George Weah mendapat undian tertinggi sebanyak 144 berbanding Klinsmann 108 dan Litmanen 67. Selain Ballon D'Or, dia juga memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan FIFA juga pada tahun 1995 dan dia mengdedikasikan kejayaan tersebut buat bekas pengurusnya, Arsene Wenger. Arsene Wenger merupakan orang pertama yang melihat bakat dalam dirinya sebelum membantu Weah mencapai kejayaan di tahap tertinggi.


Setelah tamat kerjaya sebagai pemain bolasepak, Weah memilih untuk menyertai politik kerana dia mahu membuat perubahan buat negaranya. Liberia merupakan salah sebuah negara yang terkesan besar akibat perang. Sebelum itu, Weah juga banyak melakukan kerja-kerja kemanusiaan ketika dia menjadi duta besar UNICEF dalam mempromosikan keamanan.

Weah juga banyak menggunakan bolasepak sebagai satu medium untuk menggalakkan pendidikan buat kanak-kanak di Liberia. Pada tahun 1998, Weah pernah melancarkan sebuah CD yang berjudul Lively Up Africa bersama 8 lagi bintang bolasepak Afrika bagi menaikkan semangat kanak-kanak di seluruh benua Afrika.

Dia banyak mendapat pengaruh politik daripada ayahnya sendiri yang juga merupakan ahli politik di Liberia. Weah mahu teruskan membina keamanan di Liberia dan dia percaya dia dapat merealisasikan impian tersebut dengan menjadi presiden Liberia.


Pada tahun 2005, Weah kalah dalam pilihanraya ketika dia bertanding sebagai presiden kepada Ellen Johnson Sirleaf. Namun, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus bertanding dan memenangi pilihanraya pada tahun ini. Weah akan mula menjadi presiden berkuatkuasa pada 22 Januari 2018

Sumber: Wikipedia, Daily Trust, Illuminasi

No comments:

Powered by Blogger.