Advertising

Oh Yeah : Boleh Beli Kereta Proton Dengan Bitcoin?

Views

Melalui Lowyat.NET, kini terdapat sebuah pengedar kereta Proton di Seri Kembangan yang menerima kriptowang Bitcoin dan Ethereum yang membolehkan anda membeli kereta-kereta Proton di cawangan tersebut secara sah. Cawangan yang menerima kriptowang untuk pembelian kereta Proton ini adalah pengedar Proton Anjur Kayangan Sdn. Bhd.

Kami sendiri telah berpeluang untuk meluangkan sedikit masa dan bertanyakan beberapa soalan tambahan berkaitan pembelian menggunakan kriptowang ini kepada penjual kenderaan berkenaan.


Menurut Tony, pengurus pengedar tersebut, mereka baru sahaja mempromosikan penerimaan bayaran kriptowang tersebut beberapa hari yang lalu, dan sewaktu laporan ini ditulis, mereka menyatakan mereka masih lagi sedang berbincang dengan pihak Proton Edar untuk merasmikan sistem penjualan melalui kriptowang ini.

Buat masa ini, pengedar Anjur Kayangan ini juga merupakan satu-satunya pengedar Proton di Malaysia yang menerima kriptowang sebagai transaksi membeli kereta di Malaysia. Hanya kriptowang Bitcoin dan Ethereum sahaja yang diterima setakat ini.

Dari segi harga dan transaksi pula, harga sebuah kereta ini ditetapkan pada harga tukaran Ringgit ke Bitcoin atau Ethereum. Dan bergantung pada dompet kriptowang yang digunakan, transaksi tersebut akan mengambil masa sehari hingga ke dua ke tiga hari, dan selepas itu, anda hanya perlu menunggu untuk mengambil kereta anda.

Untuk pembelian kenderaan menggunakan Bitcoin, Tony berkata oleh kerana transaksi tersebut dilihat sebagai sebuah transaksi tunai, pembeli hanya akan diberi kereta apabila kereta tersebut habis dibayar. Pengedar Anjur Kayangan juga akan mengenakan nilai tambahan dua peratus dari nilai kenderaan yang dijual sebagai langkah berjaga-jaga daripada turun-naik nilai kriptowang tersebut.

Transaksi penjualan barangan menggunakan kriptowang bukanlah sesuatu yang baru, tetapi pada pendapat kami, ini merupakan kali pertama sebuah bisnes yang biasanya dipadankan dengan pinjaman untuk membeli sesuatu, hadir dengan sistem yang memudahkan pengguna untuk membeli kenderaan dengan cepat dan mudah.

Jika anda seorang jutawan Bitcoin ataupun Ethereum, kini ada alasan baru untuk anda membelanjakan kriptowang tersebut, dan mendapatkan kereta baru pada 2018 ini.

Sumber : Lowyatt.Net, Amanz

No comments:

Powered by Blogger.