Advertising

Casing Telefon Ini Boleh Bertukar Menjadi Drone

Views

'The Selfly' yang dihasilkan oleh AEE Aviation Technology's ialah casing telefon pintar yang boleh bertukar menjadi drone. Soalan pertama yang mungkin bermain di fikiran anda ialah "Adakah ianya akan terbang sekali dengan telefon?" Jawapannya tidak.


Ianya kerana tujuan casing telefon itu sendiri dicipta akan lari daripada tujuan sebenarnya untuk melindungi telefon anda daripada pecah atau tercalar kerana casing ini baterinya hanya bertahan selama hanya 4 minit. Bayangkan ianya terbang lebih dari 5 minit lepas tu telefon anda jatuh


Bagaimanapun, ini bukan produk yang praktikal, tetapi ia adalah satu contoh yang hebat tentang bagaimana teknologi drone yang mempunyai kamera video 1080p dijadikan sebagai casing telefon pintar. Mungkin suatu hari nanti semua telefon pintar akan mempunyai kipas tersembunyi dan bertukar menjadi drone. 

Bagaimanapun tidak banyak informasi yang kami boleh dapat mengenai casing telefon yang canggih ini. The Selfly akan dijual pada suku akhir tahun ini pada harga USD$130 (RM514.42) dan ianya didatangi dengan dua bateri.

No comments:

Powered by Blogger.