Advertising

Oh Yeah : Catat -67 Celcius! Inilah Kampung Paling Sejuk Di Dunia - Oymyakon, Russia

Views

Selamat datang ke kampung paling sejuk di atas muka bumi ini dimana suhunya pada bulan Januari telah mencecah sehingga lebih -50 celsius dan mampu membekukan bulu mata anda serta merta sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumah.

Kampung Siberia adalah daerah terpencil di Oymyakon dan merupakan antara habitat yang paling sejuk didunia.


Ais sudah meliputi seluruh kampung dan termometer elektronik milik penduduk pecah akibat kesejukan melampau dengan jarum termometer membeku akibat fros ais yang kuat kerana menunjukkan suhu luar biasa ke paras serendah -62 celsius.



Suhu di Oymyakon pernah jatuh pada suhu -74 celsius antara suhu paling sejuk didunia pada masa itu.  Namun menurut NASA, suhu paling rendah yang pernah direkodkan adalah -133.6 Fahrenheit, iaitu pada Ogos 2010 di Antartika.   Rekod rasmi terendah suhu Oymyakon adalah pada -89 celsius yang dicatat pada tahun 1933.



Walau bagaimanapun, kehidupan di sekitar kampung Oymyakon kelihatan normal seperti biasa, dengan beberapa nelayan yang bahkan membuka kedai di pasar untuk menjual ikan.  Paling memeranjatkan apabila dengan suhu yang luar biasa ini, melalui video yang dirakam kelihatan 3 orang pelancong China yang tidak berpakaian, berenang dan bermain air dikolam berhampiran.



"Seram! Kami orang tempatan pun takut untuk keluar rumah kerana sejuk.  Tapi disini pelancong malahan berenang!" 



Sumber : Daily Mail, Siakap Keli

No comments:

Powered by Blogger.