Advertising

CES 2018 - Lembah Tiruan Ini Sebenarnya Adalah Daripada 240 Skrin LED Boleh Melengkung Dari LG

Views

LG Electronics pasti terserlah pada tahun ini di CES kerana mereka telah memperkenalkan teknologi skrin LED dengan "OLED Canyon" yang berukuran 92 kaki panjang yang terdiri daripada lebih daripada 240 paparan skrin.


Baiklah. Dari segi skrin yang boleh melengkung, dan warna yang terang memang betul-betul lawa habis. Tetapi sebaliknya ianya agak membazir elektrik kerana menggunakan begitu banyak panel skrin. Lembah tiruan ini juga sangat terang.
 
Lembah tiruan ini adalah susulan daripada "Terowong OLED" daripada LG yang telah ditayangkan di CES 2016. Pada tahun ini, sekali LG membina sesuatu seperti ini untuk menarik pengguna Instagram untuk mengambil gambar didalamnya sebagai satu strategi pemasaran.

Lembah tiruan ini memang betul-betul menarik pengunjung yang hadir ke CES kali ini apabila barisan yang panjang kelihatan daripada pengunjung semata-mata untuk bergambar dalamnya dalam masa yang singkat.


Selain daripada paparan skrin yang menarik di dalam lembah tiruan ini, tidak lengkap sekiranya tiada bunyi-bunyian. Pengunjung yang hadir akan dapat mendengar bunyi air yang mengalir dan bunyi kicauan burung seolah-olah benar-benar berada di kawasan tersebut.

Lihat video dibawah untuk melihat sendiri pengalaman berada di sana.


Sumber : Mashable

No comments:

Powered by Blogger.