Advertising

CES 2018 - Penyejuk CPU Udara & Cecair RGB Terbaru Daripada Cooler Master

Views

Selain daripada rangka komputer baru, Cooler Master juga memperkenalkan dua siri penyejuk CPU baru yang hadir dengan ciri-ciri yang cukup menarik, diantaranya sokongan untuk sistem pencahayaan LED RGB.


Salah satu daripada penyejuk CPU tersebut ialah Master Air G100M, sebuah penyejuk CPU udara yang menggunakan sistem pengaliran haba Heat Column yang membesarkan lagi permukaan penyejuk untuk melitupi kawasan CPU tersebut.

Selain daripada saiz blok 46.3mm, penyejuk ini juga berprofil rendah, dan memudahkannya untuk digunakan didalam rangka komputer bersaiz kecil yang semakin popular kebelakangan ini. Selain dari itu, ia juga hadir dengan sokongan sistem pencahayaan LED yang hadir dari pembuat komponen yang popular.

Bagi mereka yang lebih mementingkan rekaan estetik, Cooler Master juga hadir dengan dua penyejuk yang hadir dengan sistem pencahayaan RGB yang boleh diselarikan dengan perisian pencahayaan dari pembuat-pembuat komponen komputer yang popular.

Kedua-dua penyejuk ini ialah MasterLiquid ML240 SMART dan juga MasterAir MA410M yang hadir dengan sistem pencahayaan RGB yang disokong oleh perisian pencahayaan RGB yang popular dari banyak pembuat komponen komputer yang popular.


Bukan itu sahaja, lampu RGB kedua-dua penyejuk ini boleh bertukar warna untuk menunjukkan tahap suhu CPU anda secara automatik melalui ciri penanda-aras suhu SMART.

Buat masa ini, Cooler Master masih belum mengumumkan bilakah kedua-dua penyejuk ini akan hadir di pasaran dunia


Sumber : Amanz

No comments:

Powered by Blogger.