Advertising

Oh Yeah : CES 2018 - Razer Memperkenalkan PROJECT LINDA, Laptop Razer Yang Mempunyai Dok Untuk Razer Phone

Views

Razer hari ini turut mencuri perhatian pada acara CES 2018, dimana untuk kali ini mereka memperlihatkan sebuah dok komputer riba untuk digunakan bersama Razer Phone, dinamakan sebagai Project Linda.

 

Melalui apa yang diperlihatkan, pengguna boleh mengambil Razer Phone, dan meletakkan ia pada bahagian trackpad pada komputer riba, dan seterusnya menguasakan serta menggunakan komputer riba berkenaan.

Project Linda ini menawarkan skrin 13.3-inci dengan paparan Quad HD dengan kadar segar semula 120Hz, storan tambahan 200GB, port USB-C dan USB-A, kamera 720p, dan papan kekunci chicklet Chroma RGB.


Apabila pengguna menghubungkan telefon ke dok komputer riba ini, ia sekaligus akan mengaktifkan antaramuka desktop yang dioptimasikan untuk penggunaan bersama papan kekunci dan tetikus. Pelbagai aplikasi Android juga dioptimasikan untuk paparan desktop secara automatik.

Buat masa ini, Project Linda ini masih pada peringkat prototaip, dan tidak diketahui lagi bilakah Razer akan menawarkannya kepada pengguna Razer Phone. 

 
Sumber : Amanz

No comments:

Powered by Blogger.