Advertising

(Video) Dua Warga Asing Melarikan Wang RM1,400 Selepas Memukau Seorang Juruwang Wanita

Views

Baru-baru ini, viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang juruwang wanita sebuah pasar raya dipukau oleh dua warga asing.

Kejadian itu telah pada Sabtu lalu dan video itu telah dimuat naik oleh bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Zack melalui akaun Facebook miliknya.
 
Beliau mendakwa anaknya dipukau oleh dua individu terbabit dan ketika di tempat kejadian itu tiada siapa yang menyedarinya.


Zack meminta orang ramai untuk menyebarkan video itu kerana anaknya telah diminta untuk membayar ganti rugi kepada majikannya dan juga sebagai peringatan untuk orang ramai agar lebih berhati-hati.


Kejadian pukau yang berlaku di Kuala Lumpur itu menyebabkan anaknya berhenti kerja. Majikannya menuduh beliau cuai dan disuruh ganti duit itu atau berhenti kerja.
 

Anaknya dengan kadar segera berhenti kerja dan membuat laporan polis selepas itu dan membuat aduan kepada pejabat buruh.

Tonton video penuh kejadian pukau tersebut di bawah:


 
Diharapkan selepas ini orang ramai lebih berhati-hati dan berwaspada apabila berurusan terutamanya pekerjaan yang melibatkan urusan wang untuk mengelakkan kejadian sebegini berulang lagi.

Sumber : Says, FB YB Zack

No comments:

Powered by Blogger.