Advertising

Eh? Gambar Dari Set Penggambaran Filem ‘The Avengers 4’? 'Infinity War' Pun Belum Tayang Lagi

Views

Belum pun lagi ‘Avengers: Infinity War’ berada di pawagam, keluar sudah gambar dari set penggambaran Avengers 4. Daripada gambar penggambaran ini, pelbagai andaian yang dapat dibuat.

Di set pengambaran ini, Chris Evans dilihat memakai kostum lama Captain Amerika dan tidak seperti yang dipakai beliau untuk Infinity War. Turut berada di lokasi adalah Paul Rudd (Ant-Man), Robert Downey Jr (Iron Man) dan Mark Ruffalo (Hulk).

Teori paling kuat ketika ini untuk Infinity War adalah salah satu karakter Avengers akan mati ketika pertembungan dengan Thanos dan kemungkinan besar karakter itu adalah Captain America. Captain America dilihat sangat kemas dan tidak berjambang ketika set pengambaran ini.


Teori peminat yang ada untuk pengambaran ini adalah pengambaran ini adalah dalam premis Captain Amerika dibawa ke masa hadapan atau mereka(Ant-Man dan Iron Man) berada di masa lampau. Jika dilihat pada tangan setiap pelakon, seperti ada satu device yang memungkinkan mereka dapat mengembara melalui masa menggunakan Time Stone.

Itulah antara teori yang ada setakat ini dan anda pun mungkin ada teori anda sendiri. Setiap pelakon juga dipakaikan pelekat untuk memudahkan proses CGI. Ditambah lagi dengan CGI, lebih banyak kemungkinan yang boleh difikirkan ketika ini.

Avengers: Infinity War akan berada di pawagam Mei tahun ini dan Avengers 4 pula Mei tahun hadapan. Khabarnya, ada 22 filem Marvel lagi sedang dirancang oleh pihak Disney dan marvel di masa akan datang. Nothing can stop Marvel & Disney right now.




No comments:

Powered by Blogger.