Advertising

Farid Kamil Perlu Pulangkan Gelaran Datuk Yang Diterimanya Sebelum Ini?

Views

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima baik sekiranya pelakon terkenal dan penerbit filem, Datuk Farid Kamil Zahari dengan rela hatinya memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).

Terdahulunya, Farid Kamil menerima anugerah DIMP di Istana Abu Bakar, Pekan pada 16 Disember tahun lalu bersama artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz.

Menurut sumber, Tengku Abdullah mengakui berasa dukacita selepas dikejutkan dengan tindakan pelakon tersebut yang ditahan dan didakwa di mahkamah kerana menampar seorang anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

"Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.

"Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

"Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik," demikian titah baginda.

Ujar Tengku Abdullah lagi, baginda tidak mahu menghukum mana-mana pihak bergelar Datuk sekiranya individu terbabit melakukan kesalahan.

"Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur.

"Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik," tambah baginda.

Sumber : Kosmo

No comments:

Powered by Blogger.