Advertising

Fret Zealot - Gadget Terbaru Yang Boleh Membantu Anda Belajar Bermain Gitar Dengan Mudah

Views

Bermain gitar merupakan impian kebanyakkan orang terutama sekali lelaki, tetapi tidak semua orang mempunyai kelebihan itu.

Ada yang belajar bertahun-tahun masih terkial-kial memetik gitar dan ada juga yang baru sehari dua pegang gitar, sudah boleh memainkan lagu dengan baik.

Fret Zealot, sebuah alat yang dicipta bagi membantu golongan yang ingin belajar bermain gitar dengan cara mudah dan menyeronokkan.

Rekaannya sangat ringkas dengan bentuk jalur panjang dan dilengkapi dengan LED, dilekatkan pada bahagian fret gitar. LED yang mempunyai pelbagai warna akan menyala mengikut turutan, dan daripadanya pemain boleh belajar memetik kod yang betul.

Pelbagai tetapan boleh dibuat menerusi aplikasi yang disediakan, seperti contoh mod pembelajaran pengguna baru dan lain-lain.


Dipendekkan cerita, ia ibarat permainan Guitar Hero tetapi pemain bukan menekan butang, tetapi memetik gitar sebenar.

Difahamkan buat masa sekarang terdapat 40 judul lagi tersimpan didalam aplikasi dan bakal ditambah kepada 1000 judul lagi dalam masa beberapa minggu lagi. Dijual sekitar ~RM800, ia telah dihasilkan lebih daripada 1500 unit dan bakal menerima 1000 lagi tempahan.



Sumber : Fret Zealot, Wiser

No comments:

Powered by Blogger.