Advertising

Ingatkah Anda Budak Yang Pergi Ke Sekolah Sampai Rambut Beku Viral? Akhirnya Dia Dapat Bantuan

Views

Viral di media sosial beberapa hari lepas gambar seorang budak lelaki yang hampir beku kepalanya selepas dia berjalan kaki ke sekolah ketika musim sejuk melampau di China.

Murid darjah tiga itu dilaporkan berjalan kaki hampir sejam setiap hari ke Sekolah Rendah Zhuanshanbao di bandar Xinjie kira-kira 4.5 kilometer dari rumah datuknya di sini.


Budak lelaki yang bernama Wang Fuman meredah cuaca sejuk 9 darjah Celsius di bawah tahap beku sejauh 4.5 kilometer untuk menduduki ujian peperiksaan di sekolah berkenaan.

Walaupun dengan kesusahan yang dihadapi Wang adalah seorang murid yang bijak dalam subjek Matematik.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan sumbangan sebanyak 500,000 Yuan (kira-kira RM 300 000) telah disalurkan untuk membantu murid-murid di China selepas gambar itu viral.

Bagaimanapun, kerajaan mengawal sumbangan tersebut dan hanya menyerahkan 8 ribu Yuan (kira-kira RM 5000) kepada Wang.

Yayasan Pembangunan Belia Haotong berkata akan menyalurkan baki sumbangan untuk membantu murid-murid yang kurang berkemampuan yang lain.


Wang Fuman tinggal berjauhan dengan ibu dan bapanya yang tinggal di bandar untuk mencari pendapatan yang lebih besar.

Sumber : TheSun, BuzzKini

No comments:

Powered by Blogger.