Advertising

Oh Yeah : Inilah 5 Orang Cyborg Di Dalam Dunia Sebenar

Views
Terma cyborg yang merupakan singkatan bagi "cybernetic organism" merupakan makhluk bernyawa yang mempunyai bahagian tubuh biomekatronik.


Selalunya kita hanya nampak manusia separa robot ini dalam cerita sains fiksyen kan. Watak seperti Robocop dan Darth Vader merupakan contoh-contoh cyborg yang terkenal. Tapi tahukah anda, sebenarnya cyborg pertama di dunia sudah lama ada sejak tahun 2004 lagi. Seorang lelaki bernama Neil Harbisson dari United Kingdom telah diiktiraf oleh kerajaan dan sah dari segi undang-undang sebagai cyborg pertama di dunia dengan kewujudan satu antenna yang tertanam di tengkoraknya.

Manusia yang tidak mudah berputus asa akan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah dalam kehidupan.

Itulah yang terjadi kepada kebanyakan cyborg di dunia ini. Mereka dilahirkan dengan kekurangan atau pernah mengalami kemalangan yang telah meragut sebahagian nikmat anggota badan. Dari situlah mereka berpeluang mengenal teknologi yang berupaya membantu mereka untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain.


#1 Neil Harbisson, Cyborg Pertama Dunia


#2 Moon Ribas, Penari Gelombang Seismik


#3 Jason Barnes, Pemain Dram Cyborg


#4 Jack Eyres, model dan atlet Paralimpik 


#5 Angel Giuffria, Selebriti Bionik

Wow. Tak sangka manusia mampu menggubah teknologi sehingga mencapai tahap ini.

Kadang-kadang tengok ramai orang lain yang sempurna sifat, cukup pancaindera dan anggota tapi asyik komplen je memanjang. Tak bersyukur lagi ke dengan semua nikmat yang Allah bagi tu?

Sumber : Illuminasi

No comments:

Powered by Blogger.