Advertising

Jurgen Klopp Pernah Dilamar Untuk Menjadi Pengurus Manchester United Sebagai Pengganti Sir Alex Ferguson

Views

Sebelum tiba di England, Jurgen Klopp mencipta nama di Bundesliga bersama pasukan Borussia Dortmund.

Kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh Klopp berjaya menarik minat kelab-kelab di luar Jerman untuk mendapatkan khidmatnya sebagai pengurus mereka.

Hari ini seperti yang kita semua tahu, Klopp merupakan pengurus bagi pasukan Premier League iaitu Liverpool.

Tapi tahukah anda? Klopp sebelum ini pernah dilamar oleh musuh tradisi Liverpool iaitu Manchester United untuk menjadi pengurus mereka bagi menggantikan Sir Alex Ferguson.


Pada waktu itu, Ferguson dikatakan cukup berminat dengan Klopp dan mahukan pengurus berbangsa Jerman itu untuk menggantikan beliau selepas bersara.

Lantas, Manchester United pergi cuba untuk berbincang dengan Klopp sebagai proses memilih beliau sebagai pengurus baharu Manchester United.

Tawaran sudah pun diberikan oleh pihak kelab kepada Klopp, akan tetapi beliau berasakan sesuatu yang tidak kena dengan tawaran itu.

Bercakap kepada Sky Sports, Klopp mendedahkan beliau berasa Manchester United bukanlah kelab yang sesuai dengan beliau.

Oleh itu, beliau memilih untuk menolak tawaran tersebut dan terus kekal di Borussia Dortmund.

“Ya benar, Manchester United ada datang kepada saya dan tawarkan posisi pengurus kepada saya.”

“Namun, saya rasakan tawaran itu bukanlah tawaran yang tepat buat saya.”


Setelah gagal mendapatkan Klopp, Manchester United mengalihkan tumpuan dengan memilih David Moyes sebagai pengurus mereka.

Akan tetapi, jodoh Moyes dengan kelab tersebut tidak panjang. Beliau dipecat selepas 10 bulan menjadi pengurus di Old Trafford.

No comments:

Powered by Blogger.