Advertising

Kamera Ala GoPro Kurun Ke 18? Remaja Ini Mempunyai Hobi Mengambil Gambar Secara Rahsia Dengan Meletakkan Kameranya Di Dada

Views

Carl Størmer (1872-1957) mempunyai hobi yang sangat luar biasa pada masa itu. Dia berjalan mengelilingi Oslo, Norway pada tahun 1890-an dengan kamera pengintipnya dan mengambil gambar secara rahsia setiap hari. Subjek dalam gambar Størmer kebanyakknya dalam keadaan semulajadi mereka. Ia amat berbeza dari trend yang menonjol yang mendominasi teknik fotografi semasa zaman tersebut.

Carl membeli kamera C.P. Stirn Hidden Camera Vest Spy pada tahun 1893 ketika dia belajar matematik di Royal Frederick University (kini, University of Oslo). "Ia adalah tongkat bulat rata yang tersembunyi di bawah jaket dengan lensa melekap melalui lubang butang," katanya kepada penulis St Hallvard Journal pada tahun 1942. "Disebalik pakaian saya, saya mempunyai tali dibawah melalui lubang di poket seluar saya, dan saya tarik tali tersebut untuk mengambil gambar. " Secara keseluruhannya, Størmer mengambil sejumlah 500 imej rahsia.

Selain daripada itu, Størmer juga meminati sains. Beliau adalah seorang ahli matematik dan ahli fizik, yang terkenal dengan karyanya dalam teori nombor dan mempelajari fenomena Aurora Borealis. Jom tengok koleksi gambar yang beliau berjaya ambil.



















 
Powered by Blogger.