Advertising

WTF? Kanak-Kanak Ini Terpaksa Ditinggalkan Di KLIA2 Berseorangan Diatas Sebab Yang Tidak Munasabah

Views
 

Seorang penjawat awam Wan Fadillah Wan Ahmad hari ini melahirkan kekecewaannya terhadap “kebiadapan” pegawai Polis Bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang menyebabkannya terpaksa mengambil risiko meninggalkan anak perempuannya yang berusia 12 tahun keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) tanpa pengawasan hampir sembilan jam hari ini.

Kejadian berlaku pagi tadi apabila salah seorang daripada tujuh anaknya tercicir mykid ketika hendak mendaftar masuk penerbangan ke Kuching menggunakan pesawat Air Asia sekitar jam 1.40 petang.

Beliau segera membuat laporan polis di KLIA2 sebelum menemui anggota keselamatan MAHB di pintu masuk pelepasan domestik untuk memaklumkan masalah yang dihadapi tetapi anggota terbabit bertegas, anaknya tidak dibenarkan melepasi pemeriksaan keselamatan biarpun ditunjukkan laporan polis , salinan pasport dalam telefon bimbit dan salinan sijil surat beranak.

Beliau juga didesak untuk menunjukkan mykid dan sijil beranak asal, biarpun tahu sukar baginya untuk mendapatkannya pada waktu itu.

Beliau kemudian menghubungi Pengarah Imigresen Sarawak, Ken Leben untuk membantu dan pegawai-pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan KLIA2 telah cuba menghubungi Ketua Keselamatan Pelepasan Dalam Negeri berpangkat Inspektor, namun usaha mereka gagal.

Sebaliknya pegawai terbabit mendesak Imigresen Sarawak memgeluarkan surat pengesahan, sesuatu yang amat mustahil diusahakan dalam jangka masa terdekat.

Oleh kerana waktu penerbangan semakin hampir, Wan Fadillah terpaksa membuat keputusan meninggalkan anaknya berseorangan di KLIA2 sebelum beliau sendiri mendapatkan pasport anaknya di Kuching, dan terbang kembali ke Kuala Lumpur.

Beliau kesal dengan sikap tidak profesional MAHB, termasuk kesombongan pegawai barisan hadapannya. Mereka malah menghalang beliau berjumpa dengan pegawai atasan mereka.

Pengalaman ini amat mengecewakan dan beliau akan membuat aduan rasmi kepada pihak Menteri Pengangkutan.

Sumber : Infosarawak

No comments:

Powered by Blogger.