Advertising

Kemaskini iOS Akan Datang Mempunyai Pilihan Untuk Mematikan Fungsi Memperlahankan Peranti

Views

Apple mengaku memperlahankan iPhone mereka bagi menyelesaikan masalah peranti yang mati secara rawak. Keputusan mereka ini menerima reaksi negatif dari pengguna kerana tidak mendapat kebenaran mereka terlebih dahulu.

Akibatnya Apple terpaksa menawarkan pertukaran bateri pada harga mampu milik dan berhadapan saman dari pengguna di seluruh dunia.


Di dalam temubual bersama ABC News, Tim Cook dipetik berkata pengguna iPhone kelak akan diberikan pilihan untuk mematikan fungsi memperlahankan peranti ini. Ia bakal dilakukan menerusi kemaskini perisian iOS di masa hadapan. 

Fungsi ini mungkin akan menjalani proses ujian Beta pada bulan Februari terlebih dahulu sebelum diberikan kepada umum pada bulan Mac. Dengan ini Apple dapat mengelakkan syarikat dari disaman oleh pengguna yang tidak berpuas hati.

Sumber : 9to5mac, Amanz

No comments:

Powered by Blogger.