Advertising

Kes iPhone Meletup Di Switzerland - 7 Orang Dirawat Di Rawatan Kecemasan

Views

Polis Zurich berkata seramai 50 orang pelanggan termasuk staf diminta mengosongkan premis perniagaan selepas mendapat laporan peranti iPhone di dalam kedai menjual barangan Apple terbakar.

iPhone yang sedang dibaiki oleh pekerja kedai berkenaan mula mengeluarkan asap dan mengakibatkan sedikit pembakaran. Seorang dilaporkan cedera di bahagian tangan selepas mengalami luka kebakaran kecil.


Punca kebakaran dipercayai bermula apabila bateri iPhone 6s itu menjadi terlampau panas seterusnya mengakibatkan kebakaran. Kebakaran dapat dipadam serta-merta dengan menaburkan pasir quartz ke atas peranti yang terbakar tersebut.


Kebakaran melibatkan telefon pintar merupakan perkara yang agak ganjil tetapi jika diikutkan kepada peristiwa peranti Samsung Galaxy Note 7 pada tahun lepas, ia menjadi memori segar buat pengguna telefon pintar di seluruh dunia tentang bahaya nya bateri Lithium ion yang digunakan oleh kebanyakkan peranti utama ketika ini.

Sumber : Gizmodo, Wiser

No comments:

Powered by Blogger.